2 Cara Naikkan Conversion Sales Di Facebook 2018

2 Cara Naikkan Conversion Sales Di Facebook 2018

Di dalam artikel kali ini saya akan SHARE dengan anda rahsia saya naikkan coversion sales di platform Facebook. Ada 2 perkara yang anda wajib buat untuk tahun 2018 ini jika mahu naikkan conversion sales bisnes anda.

 

Baca lanjut atau tonton video di bawah.

 

1. Bina Konten Bermanfaat

Membina konten yang bermanfaat sahaja belum mencukupi.

Pada tahun 2018, anda perlu lebih bijak dan think smart berbanding pesaing anda dalam membina konten.

Bagaimana?

Anda bukan sahaja perlu bina konten yang bermanfaat tapi terbukti boleh memberikan banyak SHARE dari pelawat dan mungkin viral.

Tak perlu perah otak sampai buntu.

Konten yang viral telah pun sedia ada.

Tiruvasi Konten Yang Sudah Viral

Ya. Kenapa nak susah-susah fikir tentang topik atau konten untuk posting?

Anda sebenarnya boleh #tiruvasi (bukan copy & paste bulat-bulat!) dari kontent yang telah pun viral atau mendapat SHARE yang banyak sebelum ini.

Di sini saya kongsikan rahsia mahal yang ramai tak tahu.

Caranya sangat mudah.

Anda boleh pergi ke laman web berikut:

www.buzzsumo.com dan ambil idea untuk konten bisnes anda dari sana.

Buka web tersebut dan masukkan keyword niche bisnes anda.

Sebagai contoh:

Keyword search : Tudung Instant

2-Cara-Naikkan-Conversion-Sales-Di-Facebook-01

Selepas taip keyword, klik butang “Go!”.

2-Cara-Naikkan-Conversion-Sales-Di-Facebook-02

Nah. Dari search tadi akan keluar result artikel yang banyak di Share di facebook.

Tugas anda seterusnya adalah untuk baca artikel tersebut dan buat konten anda sendiri berdasarkan artikel tersebut.

Malah, headline juga anda boleh #tiruvasi dari headline tersebut. Belajar cara buat headline memukau dari artikel-artikel tersebut.

Membina Konten

Setelah anda dapat idea untuk bina konten, dan dah tahu apa nak tulis boleh mula terus untuk buat konten tersebut.

Konten anda boleh dijadikan dalam beberapa bentuk medium.

Antaranya:

  • Blogpost
  • Artikel
  • Post FB
  • Video
  • Audio
  • Infographic

Daripada 1 kontent, anda sebenarnya boleh pecahkan kepada beberapa jenis medium untuk sampaikan konten anda tersebut.

Contoh tadi tudung instant.

Anda boleh bina konten berbentuk artikel menggunakan headline  dan body konten yang telah anda olah dari bacaan dari buzzsumo tadi.

Untuk post di FB mungkin anda boleh buat dalam bentuk sharing tips dan bullet point sahaja. Ini sesuai jika anda buat dalam bentuk infographic.

Untuk video pula, mungkin anda boleh buat video berbentuk tutorial untuk kongsi cara pakai tudung instant misalnya.

Tak perlu peralatan yang canggih manggih. hehe. Guna smartphone sahaja pun boleh.

Dan konten video anda boleh pecahkan pula kepada video “live” untuk anda buat “live” di page atau wall FB peribadi anda.

[Baca: Tips Buat Live Di Facebook]

Dengan melakukan “live” di facebook, anda akan dapat reach secara organik (trafik percuma). Facebook akan bantu invite dan cari orang (hantar notification kepada rakan FB) untuk join dan lihat video “live” anda nanti.

 

2. Respon Dengan Pantas

Untuk tips kedua cara untuk naikkan conversion sales  di facebook adalah dengan respon kepada prospek dengan pantas.

Ramai antara peniaga di Facebook khususnya, selalunya lambat respon kepada prospek.

Saya juga begitu dulu. Dah buat konten, dah dapat engagement dan komen yang banyak tetapi lambat sangat nak respon.

Kadang-kadang tu dah sehari baru perasan ada orang PM di page atau tinggalkan komen di Page. Bukan sengaja, tapi tak menang tangan. Banyak sangat.

Sampai terlepas pandang.

Tahun 2018, kita perlu pantas. Prospek pun mahukan respon yang pantas. Jika kita lambat respon, mereka akan pergi kepada pesaing.

Rugi kan?

Respon yang pantas adalah salah satu faktor untuk naikkan converison sales anda di Facebook.

Jika anda tak mahu rugi, dan nak naikkan conversion sales.

RESPON DENGAN PANTAS!

Upah Orang Urus Page

Satu cara untuk atasi masalah ini (respon dengan pantas) adalah dengan mengupah orang lain untuk uruskan page anda.

Beri skop kerja kepada mereka untuk reply komen di posting di Page dan untuk layan PM di dalam inbox (closing).

Antara kesilapan saya dahulu ialah, saya buat iklan dan ramai yang komen dan PM tetapi saya lambat respon. Sebab saya handle sendiri semuanya.

Saya buat iklan, saya reply komen, saya PM inbox dan saya juga melayan prospek untuk closing sales.

Akibatnya sales conversion saya drop mendadak!

Itu kalau 1 page, kalau ada 3-4 page?

Saya sendiri uruskan 3-4 page untuk produk-produk yang berlainan dalam satu-satu masa.

Memang tak terlayan komen & PM.

Bayangkan 24/7 mengadap handphone dan melayan PM di inbox.

Alternatif Bijak & Jimat Kos

Setelah sales online saya drop satu masa tu, saya fikir perlu buat sesuatu untuk atasi masalah ni.

Bayangkan, tengah bercakap dengan kawan pun asyik mengadap telefon melayan PM di page.

Sampai kawan pun tegur..

“ko ni berniaga, tapi tak ada life. asyik hadap phone jer..”

Sampailah saya jumpa satu tools ini untuk bantu saya handle page dengan lebih teratur dan mudah.

Dan paling best saya jimat kos sebab tak perlu hire staf pun.

Chatbot & AutoPM tools

Ya. Saya bertuah sebab saya jumpa solusi kepada masalah pengurusan page-page yang saya ada dengan Chatbot & Autopm.

Masa tu saya tak mampu nak upah staf, tiba-tiba lalu iklan tentang AutoPM ini. Saya terus grab

Memang tools ni banyak membantu saya dalam menguruskan page. Dulu tools ni sangat mahal. Saya labur dalam RM200 untuk dapatkan tools ini. Ada promo waktu tu (harga asal RM400)

Tetapi pelaburan ni memang berbaloi. Sekejap sahaja saya dah return pelaburan RM200 tu.

Dan paling best, saya tak mengadap dah hanphone 24/7 untuk layan PM dan reply komen lepas install tools tu.

Semua automate. Freedom gila.

Semua bot yang uruskan. Serius. Saya hanya monitor iklan ads FB sahaja. Dan tunggu sales masuk. 🙂

Best ke best?

Sekarang dah banyak tools yang ada di pasaran. Dan ada yang berikan fungsi yang sangat banyak berbanding tools saya beli dahulu.

Dan ada yang autoPM & Chatbot yang FREE pun ada. Anda cuma perlu cari sahaja.

Nasihat saya cari dan pasang lah tools ini di facebook page anda.

Anda akan berterima kasih kepada saya kelak.

Okay. Sampai di sini dahulu perkongsian saya tentang cara nak naikkan conversion sales di facebook page anda. Moga artikel ini bermanfaat.

p/s: Bantu saya share artikel ini dengan kawan-kawan boleh kan? Bagi mereka dapat manfaat jugak. 🙂

 

=====================================

Anda mungkin tertanya-tanya..

Saya pakai autoPM apa kan?

Anda mungkin dah tahu. Tak apa saya SHARE jugak.

Hehe.

AutoPM yang saya gunakan adalah dari Andterbot. Ini AutoPM yang saya mula-mula pakai.

Sekarang saya pakai Chatfuel. Apa lebihnya Chatfuel ni?

  • Die ada fungsi AutoPM (PM prospek bila mereka komen keyword tertentu kita set)
  • Ada fungsi chatbot (untuk layan PM secara automasi di inbox)
  • Dan boleh collect database prospek (tracking)
  • Dannn boleh broadcast kepada prospek yang dah PM berulang-ulang kali (free kos).
  • Kos untuk install adalah PERCUMA. Ya FREE. Tak ada bayaran bulanan.

Anda boleh search dan install sendiri (agak tricky).

Tapi kalau nak jimat masa, tak nak pening kepala figure out setting dia, saya ada sediakan Panduan untuk Chatbot ini.

Macam mana nak install, connect ke page, setting autoPM, setting chatbot dan sebagai bonus saya juga SHARE strategi mahal cara untuk broadcast kepada mereka yang dah PM kita.

Bayangkan, anda buat iklan sekali dan prospek PM inbox page anda misalnya. Kemudian anda boleh broadcast berulang-ulang kali tanpa sebarang kos.

Kos iklan anda hanya sekali sahaja.

Jimat ke jimat?

Okay. Panduan ni dalam bentuk ebook digital.

Saya share step-by-step untuk setup.

Boleh grab melalui link di bawah ni. Pelaburan kecil sangat. InsyaAllah berbaloi.

Klik sini>>Saya nak AutoPM Chatbot

pssst: Grab sebelum harga di naikkan.

 

Tagged , , , ,

2 thoughts on “2 Cara Naikkan Conversion Sales Di Facebook 2018

  1. Bagaimanakah utk sya dptkan buku egen Hartanah dari zero dan buku 4 bonus percuma.. 0196277854 (zack)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *