3 Cara Mudah Dapatkan Listing Hartanah Ramai Ejen Tak Buat

3 Cara Mudah Dapatkan Listing Hartanah Ramai Ejen Tak Buat

Listing hartanah adalah satu komponen yang sangat penting dalam kerjaya bidang hartanah. Listing ini adalah produk utama bagi ejen hartanah.

Tanpa listing unit hartanah, ejen hartanah tidak mempunyai produk untuk di iklankan dan di jual.

Ada pelbagai cara untuk dapatkan listing unit hartanah.

Dan di dalam artikel ini saya kongsikan ini 3 cara mudah yang ramai ejen hartanah masih tak buat untuk dapatkan listing unit hartanah.

.

Listing Unit Hartanah

Definisi Listing Hartanah

Listing hartanah adalah unit-unit hartanah yang di peroleh daripada pemilik yang di berikan kepada ejen hartanah untuk di jual ataupun di sewakan.

Sebelum unit hartanah ini di iklankan, ejen hartanah perlulah mendapatkan kebenaran dari pemilik untuk di jual.

Kebenaran ini di kenali sebagai Authorization To Sell atau Authorization To Rent.

Terdapat juga listing unit hartanah yang di perolehi daripada developer-developer bagi unit yang baru di bina atau bakal di bina.

Cuma di dalam artikel ini kita akan fokus kepada cara untuk dapatkan listing unit hartanah daripada pemilik persendirian sahaja.

.

3 Cara Dapatkan Listing Unit Hartanah

Ini 3 cara untuk dapatkan listing unit hartanah dengan mudah. Dan melalui cara ini kos yang di perlukan sangatlah minimal.

1. Marketplace

2. Contacts Database

3. Social Media

Saya akan terangkan ketiga-tiga cara ini dengan lebih lanjut dibawah.

Marketplace

Bagi penjualan unit hartanah, terdapat banyak marketplace yang di gunakan oleh ejen hartanah bagi tujuan pengiklanan.

Marketplace ini kebanyakannya khusus untuk mengiklankan unit-unit hartanah samada untuk di jual atau di sewakan.

Contoh marketplace khusus untuk hartanah adalah seperti propertyguru.com, iproperty.com, durianperoperty.com dan lain-lain.

Namun terdapat juga marketplace yang tidak hanya khusus mengiklankan property tetapi menjual pelbagai barangan lain.

Contoh paling anda familiar adalah mudah.my. Di laman web Mudah.my terdapat segala macam barang dan laman web ini membenarkan hampir sesiapa sahaja untuk menjadi seller.

.

Dan dalam hal ini, tak dapat di nafikan terdapat di antara seller-seller ini adalah pemilik hartanah itu sendiri.

Jadi untuk cara yang pertama, cara paling mudah untuk dapatkan listing hartanah adalah dengan mencari pemilik hartanah yang mengiklankan unit hartanah mereka sendiri di mudah.my.

Bagaimana caranya?

Pertama sekali anda boleh buka mudah.my dan search property di kawasan yang anda kehendaki terlebih dahulu.

Bila dah papar search result, step kedua anda perlu lakukan adalah klik pada bahagian “private”.

Bahagian “company” adalah iklan yang dijalankan oleh ejen hartanah di bawah agensi masing-masing.

.

Di sini akan di paparkan iklan -iklan yang “private” sahaja iaitu daripada pemilik hartanah sendiri.

Abaikan listing yang mempunyai batch bertanda “featured”. Ini kerana kebiasaannya listing tersebut juga adalah iklan yang di buat oleh ejen hartanah.

Fokus utama adalah untuk mencari pemilik hartanah. Jadi pilih listing yang anda mahu dan buka iklan tersebut.

.

Anda boleh dapati nombor seller ada di dalam iklan tersebut.

Langkah seterusnya anda boleh terus hubungi mereka.

Dan dapatkan info sekiranya pemilik berminat untuk menggunakan khidmat anda sebagai ejen hartanah.

Oleh sebab teknik ini kategori “cold call” kebiasaannya tak semua pemilik mahu gunakan khidmat ejen hartanah. Jangan putus asa. Cuba lagi.

Jangan expect setiap kali call terus dapat listing ya.

.

Tips Cari Pemilik di Mudah.my

Untuk tingkatkan keberangkalian pemilik untuk guna khidmat anda, ada satu strategi rahsia yang anda boleh gunakan.

Strategi rahsianya ialah cari iklan unit hartanah yang telah lama di iklankan. Misalnya iklan tersebut dah 2-3 bulan di iklankan.

.

Anda boleh browse page-page yang lebih lama untuk lihat listing-listing yang telah lama di iklankan.

Berdasarkan pengalaman saya, listing-listing yang lebih lama ini lebih mudah untuk kita dapatkan dari pemilik.

.

3 Sebab Listing Lama Lebih Mudah Dapat Dari Pemilik.

Terdapat 3 sebab listing sebegini lebih mudah nak dapat berbanding listing yang baru di iklankan pemilik hari ini atau minggu ini.

.

1. Listing masih belum terjual sekian lama.

Sewaktu baru mula di iklankan, agak sukar untuk dapatkan pemilik yang mahu guna khidmat ejen hartanah.

Ini kerana pemilik amat yakin dapat jual sendiri dan iklan pun masih baru. Paling penting mereka ingin jimatkan kos dan tidak mahu bayar fee 3% kepada ejen hartanah.

Namun setelah berbulan-bulan, unit hartanah masih juga tidak terjual. Ini kerana setiap hari ada beratus malah beribu hartanah di iklankan di mudah.my.

Berbeza dengan ejen hartanah, mereka mempunyai banyak channel dan tidak bergantung kepada mudah.my semata-mata.

2. Pemilik hartanah give up nak jual sendiri

Menjual hartanah perlukan strategi yang betul dan komitmen masa dan tenaga. Dan kebiasaannya pemilik tidak mempunyai ilmu pun untuk melakukan jualan.

Meskipun ada pembeli yang berminat, belum tentu pemilik dapat yakinkan mereka untuk membeli.

Namun beza dengan ejen hartanah, mereka telah terlatih melalui kursus dan sudah mempunyai skill untuk yakinkan pembeli dan berunding dengan pembeli.

Sebab itu nama lain ejen hartanah juga di kenali sebagai perunding hartanah.

Jika setiap minggu mereka bawa pembeli untuk view unit dan masih tak dapat jual, setelah 1-2 bulan pasti terasa nak give up. Rasa penat berulang-alik bawa pembeli mulai terasa.

Tak ada hasil. Pakai ejen lah mudah..

3. Pemilik terdesak nak jual

Kadang-kadang terdapat owner yang memang terdesak mahu jual. Boleh jadi sebab mereka punyai masalah kewangan dan betul-betul perlukan duit mengharap hasil jualan hartanah tersebut.

Bila terlalu lama, owner semakin terdesak dan di sinilah tugas ejen hartanah boleh membantu mereka untuk jualkan secepat mungkin.

Ejen hartanah mempunyai banyak channel dan networking yang besar untuk bantu jual unit hartanah.

Pemilik akan lebih yakin untuk guna khidmat ejen hartanah pada waktu getir sebegini. Jadi bila anda offer servis, mereka lebih open untuk guna khidmat anda.

.

Contact Database

Selesai cara pertama, kita pergi kepada cara kedua pula untuk dapatkan listing unit hartanah iaitu melalui contact database.

Sewaktu saya mula ceburi bidang kerjaya hartanah ini, saya mula dari kosong tanpa listing. Jadi bagaimana carqa saya dapat listing di awal-awal dulu?

Mentor saya beritahu..

Guna apa ada di tangan..”

Waktu itu saya hanya ada contact list di dalam smartphone, list email dan business card. Ada beratus jadi saya gunakan kesemua database yang saya ada.

.

Anda tak perlu modal untuk guna strategi ni. Whatsapp dan email percuma. Hanya sms & call berbayar.

Saya blast satu mesej kepada kesemua database yang saya ada waktu tu dan saya mula dapat listing pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Saya yakin ramai ejen tak pernah guna strategi mudah ini.

Cuma untuk blast mesej ni ada skrip dan seninya. Bukan main blast sahaja.

Salah skrip boleh kena maki dan silap-silap boleh kena block. Gulp.

Dalam Ebook Ejen Hartanah yang saya tulis, saya ada kongsikan skripnya secara terperinci. Anda boleh copy dan paste sahaja nanti dan terus blast.

Thank me later.

Social Media

Baik kita pergi kepada cara ketiga iaitu cara yang terakhir di dalam artikel ni. Sikit lagi nak habis.

Untuk social media, mula-mula anda kena pastikan anda ada akaun untuk beberapa platform social media. Jika tak ada akaun, tak boleh buat strategi ni ya.

Ada dua dulu pun cukup untuk permulaan. Anda boleh daftar akaun FB, Instagram, Linkedin dan Twitter. Tik Tok tak perlu pun tak apa.(hahaha)

Kalau akaun baru strategi ni tak berkesan sebab tak ada follower atau friendlist. Kena ada follower dan friendlist dulu ya.

Apa nak buat dekat social media kalau friendlist dah ramai? Post skrip yang sama macam kita blast pada database tadi. Simple.

Apa lagi boleh buat dekat social media?

Dekat social media Facebook misalnya ada macam-macam group yang kita boleh join. Jadi joinlah group berkaitan hartanah dan group-group kawasan (group penduduk).

On notification group. Dalam group ni akan ada orang yang suka tanya soalan. Jika ada soalan berkaitan hartanah, anda cubalah bantu jawab.

Atau apa sahaja soalan yang anda rasa boleh bantu jawab. Anda nak position diri sebagai ahli yang aktif. Dalam komuniti, anda jadi resourcefull.

Ahli lain akan curious anda siapa dan bila lihat profile anda, mereka nampak anda sebagai ejen hartanah. Dalam komuniti kan ada pemilik hartanah , bakal pembeli dan penyewa. Dari sini anda boleh dapatkan listing.

Kalau anda rasa strategi ni terlalu lambat dan ambil masa dan komitmen yang tinggi, saya ada cara lebih efektif, cepat dan konsisten untuk dapatkan listing.

Boleh lihat sini > Strategi Mesin Listing