3 Kesalahan Dalam Buat Ayat Iklan- “Punca Kenapa Tak Ada Yang PM/WhatsApp”

Jom Lihat 3 Kesalahan Dalam Buat Ayat Iklan- “Punca Kenapa Tak Ada Yang PM/WhatsApp”

“Saya dah cuba buat berpuluh iklan. Tapi kenapa PM/whatsapp masih tak banyak yang masuk?” 😭

Untuk jawab soalan ini, ada 3 kesalahan asas yang anda telah buat. Iya. Jom kita tengok satu per satu.

= = = = = =

#1- Anda Tak Buat Prospek Bertindak.
Prospek tak bertindak kalau tak ada kemahuan.

= = = = = =

Iklan yang hanya tekankan tentang produk semata-mata biasanya tak akan bangkitkan kemahuan prospek.

Macam mana nak bangkitkan kemahuan prospek?

Jawapannya, anda kena tekankan masalah, kerisauan dan kehendak prospek pada ayat iklan anda.

Sebab, manusia bukan membeli produk.

Tapi, manusia membeli solution dan transformasi (perubahan). Baik pada diri mereka (nak kurus, cantik nampak bergaya) mahupun bisnes mereka(naikkan sales,turun kos iklan dll.).

Kita tak jual produk. Tapi kita jual penyelesaian masalah.
= = = = = = =

#2- Iklan Dituju Kepada Orang yang Salah!

= = = = = = = =

“Write a believable promises to the right people”-John Caples, Pakar Pengiklanan.

Menurut John Caples, bila kita buat iklan, kita kena beri janji-janji yang dipercayai kepada ORANG YANG BETUL.

Kalau ayat iklan anda power macam mana sekalipun, tapi kalau ianya ditujukan pada orang yang salah, iklan tu tetap akan ke laut dalam.

“Bayangkan iklan tudung ditunjukkan kepada Ali (lelaki) yang bekerja sebagai drebar lori”

Adakah Ali akan peduli tentang iklan Tudung?

Memang krik-krik lah..

Jadi pastikan target market anda tepat.

Kos iklan secara tak langsung akan menurun, & pulangan akan meningkat.

Duit iklan pun tak bocor kerana iklan dituju pada prospek yang betul.

= = = = = = = = =

#3- Iklan Tak Ada Offer. Prospek hanya akan lihat dan berlalu scroll newsfeed ke bawah..

= = = = = = = = = =

“Manusia akan respon, bila ada trigger yang buatkan mereka bertindak” – Dr. Bj Fogg.

Mungkin ayat iklan anda power dan dah ditujukan pada orang yang tepat.

Tapi, dengan hanya dua elemen ni masih tak cukup untuk buatkan prospek untuk bertindak dengan segera.

Tindakan untuk “tidak bertindak” lebih mudah bagi mereka pada ketika ini..

Kalau nak tahu, untuk buatkan prospek bertindak, apa rahsianya?

.

.

.

.

Anda wajib berikan OFFER yang meleleh.

Yes. OFFER ini lah yang akan menjadi trigger buat prospek untuk whatsapp/pm anda dengan segera.

.
.

Baik. Mari Recap 3 Kesalahan:
1.Tak Buat Prospek Bertindak

2.Tak Tujukan Pada Prospek Yang Betul

3.Tak Beri OFFER Yang Meleleh..

 

Sekarang, cuba semak semula iklan anda.

Ada buat kan 3 kesalahan ni? Cepat-cepat betulkan dan tengok hasilnya lepas ni. Konfem meletup!

Sekian,

—–
Nota:
Nak tak automasikan urusan Page FB anda tanpa anda perlu upah staf?

Dan waktu anda tidur pun boleh close sales secara automatik.

Iya..saya sendiri guna teknik ni.

>Klik sini untuk ketahui lebih lanjut<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *