3 Kunci Asas Ejen Hartanah. Nombor 3 selalu orang pandang remeh..

Setiap kerjaya ada asasnya.. begitu juga dalam bidang hartanah.. di dalam artikel ini saya nak kongsi 3 asas utama anda patut tahu..nombor 3 selalu orang pandang remeh..

Ada 3 kunci asas… antaranya..

1. Yakin Dengan Diri Sendiri

Yakin
(Photo Credit: www.lifehack.org)

Dalam apa jua bidang yang anda ceburi, baik bekerja atau bisnes atau sebagai komisen earner, anda perlu yakin dengan diri anda sendiri yang anda boleh buat.

Ramai yang kecundang bukan kerana mereka tak mampu buat, tapi kerana tidak yakin dengan diri mereka sendiri.

Anda perlu betul-betul yakin yang suatu hari nanti anda pasti akan berjaya dalam bidang ini..

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.” –  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI ADALAH SALAH SATU TANDA ORANG ITU KENAL DIRINYA SENDIRI

2. Ilmu Hartanah

Knowledge-is-Key
(Photo Credit:http://mainstreetmix.com)

Pelanggan adalah asset anda.. dan mereka hanya mahu berurusan dengan yang “pakar”. Bila anda pakar, mereka akan minta anda advise.

Pelanggan suka jika anda boleh advise mereka.. mengenai ROI, kawasan bagus, harga below MV dan lain-lain..

Letakkan diri anda di tempat pelanggan yakni owner atau pembeli..

Mahukah anda berurusan dengan penjual yang tak pakar dan baru jadi REN seminggu?

Tentu TIDAK!

Bagaimana nak jadi pakar? Mantap kan ilmu hartanah anda..kita taknak “half baked” knowledge.. tetapi anda mesti “soaked” dengan ilmu hartanah. Betul-betul mendalami ilmu hartanah.

Betul-betul faham terma-terma hartanah..

[+] Dari segi proses jual / beli hartanah…

[+] Tempoh masa pemindahan title dll…

[+] Pengiraan DSR dan loan dan banyak lagi..

Baca :[Terma-terma hartanah]

Teruskan belajar dan tambah ilmu anda setiap masa.

Guru saya pernah pesan ” Jangan berpaut pada ilmu yang kamu sangka kamu tahu sahaja”

Jadi sentiasa belajar..

Selain ilmu hartanah anda juga perlu ada ilmu untuk yakin kan buyer untuk membeli dengan anda. Bukan main redah sahaja.. Setuju?

Begitu juga ilmu untuk yakinkan owner untuk lantik anda jualkan rumah. (ilmu psikologi dll)

Tanpa ilmu, nak close deal pun jadi susah…betul?

Ejen hartanah yang “otai” (berpengalaman) dengan mudah boleh “close deal”..Kenapa?

Sebab dia ada ilmu..ilmu baca air muka, gerak tubuh dan lain-lain..hehe.. tahu bagaimana nak handle pelanggan..

Paling cepat nak “short cut” ialah dengan berguru dengan mereka..
3. Leads generation

lead-generation
(Photo Credit: ameeratel.com)

Di dalam artikel saya sebelum ini, saya ada kongsikan berkenaan leads generation ini..

Macam saya katakan di atas, benda ini yang selalu ejen hartanah ambil remeh..

Menurut Garry Keller di dalam bukunya menyatakan.. setiap orang ada #2kerja..

Satu kerja hakiki (kerja utama samada sebagai lawyer, doktor, berbisnes, jual kerepek, ejen takaful, ejen unit trust, ejen hartanah dan lain lain)..

Dan satu kerja lagi adalah Leads generation…

Leads generation ini yang akan menentukan kelangsungan bisnes anda.. tak logik jika anda duduk di ofis (tak buat apa marketing) tiba-tiba pelanggan datang nak pakai servis anda kan?

Di dalam karier anda sebagai ejen hartanah, anda perlukan leads yang berterusan samada dari owner hartanah atau pun pembeli hartanah..ia penting supaya anda sentiasa ada unit-unit hartanah untuk di jual. Begitu juga leads pembeli yang sudah bersedia untuk membeli dan di “screen” kelayakan..

Setuju?

Leads hartanah ini boleh anda dapat daripada proses marketing..

Antara medium untuk dapatkan leads adalah dari iklan hartanah yang anda lakukan (owner lihat iklan anda dan hubungi minta jualkan unit mereka) , banner, banting, referral dari rakan, membeli master listing dan lain-lain..

Harap anda faham kepentingan leads generation ini.. dan mula lakukan pemasaran untuk dapatkan leads-leads ini..
Secara kesimpulannya, inilah 3 kunci asas kejayaan seseorang ejen hartanah..

Di sini saya nak share dan berkongsi dengan anda satu strategi yang saya sendiri telah gunakan untuk dapatkan leads-leads owner dan buyer..

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut bagaimana saya buat untuk dapatkan leads-leads owner dan pembeli..boleh baca artikel saya sediakan..

boleh kllik link ini untuk baca–> [Strategi Kumpul 700+ Leads Owner Sebulan]

Tagged , , , , , , , , ,

Leave a Reply