3 “L” Rahsia Jutawan Ejen Hartanah

Assalamuailaikum dan Salam sejahtera..

Rahsia ini saya belajar dari buku Jutawan Ejen Hartanah terkemuka iaitu Garry Keller.

Menurut Keller, pada asalnya beliau dan tim dapati ada 8 kriteria utama yang menyokong model hartanah mereka. Namun akhirnya ia di simpulkan kepada hanya 3 kriteria utama yang betul-betul menyokong model “bisnes” mereka.

3 kriteria tersebut yang di katakan sebagai 3 “L” didalam buku beliau ialah:-

  • LEADS
  • LISTINGS
  • LEVERAGE
Leads,Listing,Leverage
Leads,Listing,Leverage

LEADS – SETIAP ORANG ADA #2KERJA

Walau bidang apa sekalipun yang anda ceburi, dan samada anda pakar dalam sesuatu bidang sekalipun, ia tidak akan memberi apa-apa kelebihan kepada anda tanpa pelanggan. Setuju ke setuju?

Untuk berjaya di dalam bidang hartanah, anda wajib ada leads pelanggan. Semudah itu. Sekiranya anda mempunyai leads yang cukup, perkara lain bukan lagi isu besar. Jadi tak kira anda doktor, lawyer atau usahawan, anda sebenarnya ada #2kerja -pertama kerjaya yang anda pilih dan kedua generate leads.

Keller turut menyatakan, di dalam satu artikel yang beliau baca terdapat rakan ejen yang tertekan apabila dapat tahu mengenai leads generation ini. Beliau menyangkakan, dengan certificate profesional yang dimiliki, beliau boleh duduk diam di pejabat, dan seluruh dunia akan cari dan jumpa beliau. Dari pengalaman Keller sendiri, beliau turut memberitahu tidak ada sekalipun pensyarahnya memberitahu mengenai leads generation sepanjang 4 tahun beliau mengambil ijazah dalam real estate. Tiada siapa yang beritahu! Kini jelas padanya bahawa tanpa leads generation, tiada siapa akan tahu yang beliau ejen hartanah yang punyai ijazah dan pakar dalam bidang hartanah.

LISTING – HADIAH DARI LANGIT

Listing adalah sesuatu yang bernilai tinggi dan merupakan peluang yang akan maksimumkan pendapatan ejen hartanah. Secara dasarnya, pendapatan dari memiliki satu listing sama dengan menjual satu listing kepada pembeli. Apa yang membezakan hanyalah jumlah masa yang di peruntukkan ke atas listing tersebut.

Mengikut pengalaman Keller, ejen hartanah individu yang aktif boleh mendapat 15-25 listing owner sebulan. Ejen yang sama tetapi fokus kepada pembeli pula, berupaya menjual 7-8 unit sebulan.

Jadi dari awal, dengan memberi perhatian utama pada listing, ejen hartanah berpotensi untuk tingkatkan sehingga 2 kali ganda atau 3 kali ganda pendapatan kasar sebulan berbanding jika fokus kepada buyer (pembeli) dalam jangka waktu yang sama.

sesuatu listing yang di pasarkan secara betul, boleh hasilkan leads secukupnya untuk dapatkan pembeli

Antara strategi lead-generation adalah melalui direct mail, iklan, papan tanda dan rumah terbuka. Berada di dalam “bisnes” listing membawa kepada lebih banyak “bisnes”. Sesuatu listing yang dipasarkan secara betul, boleh hasilkan leads secukupnya untuk mendapatkan pembeli (buyer).

Kesimpulannya, listing memberi anda kawalan yang lebih baik. Kawalan dari segi masa, tempat pengiklanan dan masa depan. Sebab itu dikatakan listing ini “hadiah dari langit”.

LEVERAGE – MASA VS. DUIT

Kita biasa dengar, masa itu wang (emas). Ia tidak sentiasa betul. Mengapa? Ini kerana masa tidak selalunya boleh di bandingkan dengan emas atau wang. Tak percaya?

usahawan sentiasa cuba mendapatkan keuntungan maksimum dari setiap jam di laburkan

Orang yang berkerja tungkus lumus dari pagi hingga ke petang bukanlah orang yang paling banyak buat duit. Sebagai usahawan, kita melihat kaitan masa-wang ini dari perspektif yang berbeza. Usahawan sentiasa cuba mendapat keuntungan paling maksimum dari setiap jam yang di laburkan. Jika anda usahawan pasti anda tahu apa yang saya maksudkan.

Di awal karier hartanah, banyak masa di peruntukkan untuk mendapat duit. Namun kemudian, kita mula belajar untuk bekerja lebih bijak dan mendapat pulangan yang lebih untuk jangka waktu yang sama.

Leverage boleh di kategorikan kepada 3 bahagian:

  • People
  • Systems
  • Tools

Siapa yang akan buat kerja? Bagaimana mereka lakukannya? Dengan cara apa mereka lakukannya?

(Jawapannya: People, Systems, Tools)

Cara terbaik ialah dengan mengupah pekerja yang pandai menguruskan sistem menggunakan tools yang sepatutnya. Anda tidak mempunyai masa untuk buat semua. Jadi “leverage” kan.

Untuk menjadi jutawan melalui karier ejen hartanah, strategi 3L ini adalah asasnya. LEADS, LISTING, LEVERAGE yang akan menjadi enjin penyumbang terbesar kepada jumlah jualan keseluruhannya.

Faham ke faham?

Sila share jika anda belajar sesuatu dari artikel ini. Jangan malu untuk kongsikan manfaat dan ilmu ini dengan orang lain juga ya.

p/s: Anda nak mula belajar generate leads? saya ada sediakan satu strategi best untuk dapatkan leads.

Anda boleh baca lebih lanjut disini [BACA: Panduan Mesin Listing]

 

Tagged , , , , , ,

Leave a Reply