3 Langkah Mudah Retargetting Likers Page FB

3 Langkah Mudah Cara Retargetting Likers Page FB

Kenapa retargetting likers page FB ini sangat penting?

Tahukah anda, prospek tidak akan membeli pertama kali mereka lihat iklan anda?

Dan teknik retargetting adalah salah satu strategi yang dapat meningkatkan jumlah conversion sales (buat orang membeli) jika anda buat dengan teknik yang betul. Di sini saya akan kongsikan cara retargetting likers FB Page anda dengan mudah.

Apa maksud retargetting?

Di dalam konteks internet marketing, retargetting ni sebenarnya bermaksud memaparkan iklan yang sama atau iklan lain kepada prospek yang sama berulang-ulang kali.

Anda dah jalankan iklan sekali dan prospek dah nampak iklan anda. Tugas seterusnya adalah untuk paparkan lagi iklan kepada mereka.

Jelas kan?

Iklan-retargetting-likers-page-fb-cover

“Sampai bila nak ulang bagi mereka nampak?”

Sampai mereka beli. Iya. Sampai mereka beli.

Ada yang kata perlu lihat 7 kali minima baru membeli. Ada yang sampai 21 kali pun ada.

Yang penting, anda buat mereka lihat berkali-kali. Jangan tak buat langsung. Heheh.

Baik. Setiap prospek yang lawat ke page facebook anda; samada mereka klik butang likes, tinggalkan komen, likes page atau pergi ke website anda, mahupun lihat video, anda sebenarnya boleh retarget mereka untuk paparkan iklan lain (atau iklan baru) kepada mereka.

Anda boleh kumpulkan mereka semua di atas menjadi satu audience.

Ini sangat penting kerana mereka ini yang di namakan audience yang targetted dan berminat dengan produk atau servis anda.

Kenapa?

Sebab mereka tidak akan klik atau komen atau likes page dan lihat video di page anda misalnya jika mereka tidak berminat dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Setuju?

Cuma mungkin pada waktu itu, mereka belum bersedia untuk membeli.

Jadi bagaimana nak buat mereka sentiasa ingat pada produk, brand dan servis anda? Dan hujungnya buat mereka membeli dengan kita (bukan beli dengan pesaing)?.

Jawapannya terletak pada teknik RETARGETTING ini.

Cuma dalam entri kali ini, saya nak share teknik retargetting kepada orang yang dah pun “LIKES” PAGE kita. Kalau belum ada likes page, anda tak boleh guna teknik ini.

Page tak ada likes, bagaimana nak buat iklan kepada likers. Kan?

Jika belum ada likes. Buat iklan untuk tarik likes dahulu jika belum ada likes. Nak jimat (tak ada modal) boleh gunakan teknik 5K likers.

Ok jom saya share cara buat iklan retarget likers page.

LANGKAH 1 – Jenis Iklan (Objektif iklan)

Tentukan jenis iklan apa yang anda nak guna semasa buat iklan retargetting ini. Antara jenis iklan yang boleh di gunakan ialah:

  • Page Post Engagement (PPE)
  • Website click / Messenger Ads
  • Canvas Ads
  • Video ads
  • Dan macam-macam lagi.

Tak ada yang betul atau salah. Pilih sahaja 1 jenis iklan yang anda rasa nak buat. Atau paling mudah bagi anda. Kemudian buat dan test.

Dalam contoh kali ini saya nak gunakan “PPE” iaitu page post engagement.

Untuk PPE, anda boleh gunakan post sedia ada yang ada pada page anda, atau anda create sahaja iklan baru nanti.

Rujuk gambar di bawah di dalam dashboard ads manager anda.

cara-retargetting-likers-fb-01

Setelah anda pilih engagement , scroll ke bawah dan klik pada post engagement. Tukarkan nama kempen kepada retargetting likers dan klik butang “continue”.

cara-retargetting-likers-fb-02

Langkah pertama dah pun selesai.

LANGKAH 2 – Audience

Baik. Dalam langkah kedua pula, saya akan share cara setting audience untuk target likers page, set budget iklan, demography & placement iklan.

Setting Audience

Oleh kerana, prospek dah likes page kita sebenarnya dah jadi mudah untuk setting bahagian audience. Tak perlu usik banyak benda kerana nanti kita akan target mereka yang likes pages sahaja.

Di bahagian location: pilih “people who live in this location”.

Kemudian age biarkan “18-65” dan languages masukkan English (all) dan Malay.

cara-retargetting-likers-fb-04

Untuk langkah seterusnya, klik pada “connection”. Dan pilih pada “people who like your Page”. Dan taipkan nama page anda yang mana untuk di lakukan retargetting.

 

cara-retargetting-likers-fb-05

 

Dalam contoh ni saya pilih page saya sendiri, Zhafir Razak. Jika anda lihat potential reach (sebelah kanan atas gambar) ada 1,300. Itu adalah jumlah likers page saya pada ketika ini.  Kalau ada 10,000 likers page, maka potential reach iklan adalah 10,000.

Daily results pula bergantung kepada bajet harian anda. Lebih besar bajet iklan harian anda, lebih ramai (daily results) akan nampak iklan tersebut.

Placement Iklan

Placement iklan ini, adalah tempat di mana iklan kita akan di paparkan.

Iklan boleh di paparkan di beberapa tempat:

  • Facebook Feed
  • Instant article
  • Right Column
  • Instagram
  • Dan lain-lain.

cara-retargetting-likers-fb-07-placement

Di dalam contoh kali ini saya hanya mahu paparkan iklan kepada prospek melalui facebook feeds sahaja. Boleh “untick” pilihan yang lain.

Dan di bahagian device, saya hanya pilih untuk papar iklan ini melalui mobile sahaja. (mereka yang buka FB di desktop tak akan nampak iklan ini). Ini kerana iklan pertama yang saya jalankan sebelum ini adalah melalui mobile sahaja.

cara-retargetting-likers-fb-08-placement

Budget & Schedule

Seterusnya di bahagian budget & schedule kita akan set berapa kos iklan yang kita nak spend setiap hari dan berapa lama iklan akan berjalan.

Saya hanya letakkan budget minima RM10 sehari dan biarkan iklan berjalan berterusan. Anda boleh “pause” iklan ini bila-bila masa sahaja nanti.

cara-retargetting-likers-page-fb-09-bajet

Untuk bahagian optimization Ad delivery, saya pilih “post engagement”. Bermaksud, FB hanya akan charge saya bila ada engagement terhadap iklan ni nanti (likes, komen, share).

Jika anda memilih impression, iklan tersebut lalu sahaja di wall FB prospek anda akan di caj (macam billboard). Walaupun prospek hanya scroll iklan tersebut tanpa apa-apa engagement.

Faham ya. Untuk lebih jimat, pilih post engagement.

cara-retargetting-likers-page-fb-10-bajet

Bid amount biarkan “automatic” dan klik butang “continue”.

Baik selesai Langkah 2.

Langkah 3 – Ad Creative (Iklan)

Di dalam langkah ketiga ini, kita akan buat iklan atau pilih post mana yang nak di paparkan kepada audience tadi.

Biasanya saya akan buat post copywritting dan upload gambar di page terlebih dahulu. Dan di bahagian ads ini saya hanya pilih sahaja post tersebut sebagai post iklan.

Jika anda dah ada post untuk di gunakan sebagai iklan retargetting pilih “Use existing post”.

cara-retargetting-likers-page-fb-11- Ads

Kemudian pilih “Page” yang hendak di gunakan dan pilih post yang telah di sediakan di page anda pada bahagian “Creative”. Rujuk gambar di atas.

Post iklan akan di paparkan di sebelah kanan dashboard. Anda boleh lihat contoh iklan yang akan di keluarkan nanti.

cara-retargetting-likers-page-fb-12-Ads

Setelah anda berpuas hati dengan iklan tersebut, anda boleh klik “Confirm” di bawah (butang hijau) dan FB akan review iklan tersebut. Apabila iklan di approve, anda boleh monitor di bahagian dashboard ads manager nanti (baca data & pause iklan).

cara-retargetting-likers-fb-13-Ads

Baik. Dah selesai 3 Langkah Untuk Lakukan Retargetting Kepada Likers Page.

Tips Iklan

Semasa anda nak buat post iklan di page anda, pastikan iklan anda ada 3 perkara ini di dalam copywritting anda.

  1. Headline
  2. Body content
  3. Call to action (CTA)

Dan pastikan jika anda upload gambar, jumlah perkataan di dalam gambar tidak melebihi 20% dari luas gambar. Jika gambar terlalu banyak perkataan, FB sukar nak approve iklan.

(sumber: aaronzakowski.com)

Dan jika approve sekalipun, iklan akan jadi mahal dan tidak deliver dengan baik.

Tak pasti gambar ikut peraturan 20% atau tak?

Anda boleh semak melalui tools yang di sediakan oleh FB melalui link di bawah ini. (Free sahaja)

>>Tools Semak Text Overlay 20%<<

Sampai di sini dahulu perkongsian saya tentang topik retargetting likers page fb ini.

Moga perkongsian artikel retargetting likers page fb ini memberi manfaat kepada anda.

===================================

p/s: Anda nak tak urus page anda secara automatik?

  • Boleh auto PM inbox jika prospek komen di post
  • Boleh Autochat dengan prospek di inbox
  • Dan dapat respon dengan pantas (penting) &
  • Naikkan conversion sales (walau tengah tidur sales masuk)

Tanpa anda perlu upah staf untuk handle dan layan PM di page. Sangat sesuai bagi newbie yang baru mula bisnes dan belum mampu untuk hire staf.

Ini tools yang saya sendiri gunakan untuk automasikan kesemua page-page saya yang aktif. >> Klik sini untuk info lanjut

Tagged , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *