5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda 5 perkara tentang rumah lelong yang anda patut tahu. Dan sebab yang ke-5 mungkin anda sendiri tidak sangka. Teruskan membaca.

  1. Rumah Lelong Banyak Pilihan

Pertamanya terdapat banyak pilihan rumah lelong di luar sana. Selain pasaran subsale, rumah lelong juga adalah pilihan pelabur hartanah.

Pilihan ini termasuklah lot-lot tanah, rumah-rumah banglo, rumah teres, rumah-rumah apartment, flat-flat dan kondominium.

Setiap bulan, beribu-ribu unit hartanah tersenarai dalam medan lelongan.

 

Dan pilihan rumah lelong ini terdapat di seluruh Malaysia. Salah satu tempat untuk mencari listing rumah lelong adalah di lelong tips.

Selain pasaran subsale, hartanah lelong turut menjadi pilihan para pelabur hartanah.

Dari Kedah hinggalah ke Johor pun ada unit lelongan. Namun begitu, unit lelongan yang paling banyak setakat ini adalah di sekitar Lembah Klang.

Dan kebanyakan deal-deal ini adalah deal-deal yang best!

2. Jimat Kos Lawyer

Jika anda pernah membeli rumah subsale, pasti anda tahu yang antara kos yang terlibat adalah kos perjanjian SPA bukan?

Membeli unit lelong ini tiada SPA (Perjanjian jual beli). Hanya menggunakan kontrak jualan. Maka anda dah jimat sekurang-kurangnya 3% dari harga rumah.

Jika rumah berharga RM100,000.00, maka anda dah jimat RM3,000.00 (3%) kos SPA.

Awas! Penting: Jika anda berurusan dengan ejen lelong dan mereka mengatakan ada kos SPA yang perlu anda bayar, maka hati-hati kerana anda mungkin sedang ditipu.

Membeli unit lelongan tiada SPA. Jadi anda jimat kos spa 3% dari harga belian.

3. As Is Basis

Kebiasaanya, apabila anda membeli unit lelongan, jualan unit tersebut adalah bersyarat.

Yakni “as is basis”.

Bermaksud apa yang ada di dalam unit tersebut kesemuanya adalah milik dan hak anda sekiranya anda berjaya membida unit tersebut.

Jadi banyak lah “FREE GIFT” untuk anda di dalam unit tersebut nanti. Tetapi harus di ingat, free gift tersebut bukanlah selalunya best!

Jika nasib baik, mungkin unit di bida sudah fully furnish dengan perabot yang penuh dan ada peralatan lain. Namun jika kurang bernasib baik, unit tersebut mungkin di penuhi sampah.

Jika bernasib baik, unit yang di bida sudah fully furnish lengkap dengan perabot.

4. Bawah Harga Pasaran

Sebagai pelabur, anda harus ingat dan faham. Apabila kita membeli sesuatu unit hartanah itu, tipsnya adalah ketika anda membeli unit tersebut, anda sepatutnya sudah pun membuat keuntungan. Buat untung semasa membeli.

Bukan sekadar harapan bahawa harga unit tersebut akan naik selepas anda beli (seperti undercon dan subsale).

Faham kan?

Sebagai pelabur, anda seharusnya sudah buat keuntungan semasa beli unit hartanah.

Anda perlu memilih unit yang 20%-30% di bawah harga pasaran. Bermakna ketika anda membeli unit lelongan tersebut, anda seharusnya sudahpun membuat keuntungan sebanyak 20%-30%.

Ini baru pelabur yang bijak. Setuju?

5.Tiada Sekatan Gaji!

Lelong tips ini memang mahal. Macam saya katakan di awal-awal tadi, ramai yang tidak tahu perkara ini. Anda mungkin tidak tahu bahawa membeli unit lelongan ini antara kelebihannya ialah tiada sekatan had gaji di kenakan!.

Sekiranya anda ingin membeli unit-unit low cost, terdapat sekatan gaji bukan? Tetapi bagi unit lelong, walaupun gaji anda melebihi RM5,000.00 sekalipun anda masih boleh membeli unit low cost (hanya melalui lelongan awam).

Tiada masalah dari segi mendapat consent (kebenaran dari pemaju) dan sebagainya.

Tiada sekatan gaji bagi unit lelong kategori low cost.

Tetapi apabila anda ingin menjual semula unit tersebut kelak, sekatan had gaji tersebut akan di ambil kira semula ke atas bakal pembeli.  Jelas kan?

Harga rumah makin naik. Setuju? Dengan gaji kita dan ekonomi semasa saya rasa agak sukar untuk kita membayar installment rumah yang tinggi. Rumah berharga RM200,000 bayaran bulanan sahaja hampir mencecah RM1,000 sebulan secara kasar.

Persoalannya masih adakah rumah landed RM200,000 sekarang?

Bukan anda tidak mahu beli rumah, tetapi banyak komitmen lain yang anda perlu tanggung juga. Betul tak?

Nasihat saya, jika anda benar-benar mahu mula pelaburan hartanah, hartanah lelong adalah salah satu pilihan terbaik buat masa ini untuk bermula. Tetapi sebelum bermula, anda perlulah mendapatkan ilmu yang betul dahulu ya.

Berikut saya kongsikan tips-tips untuk beli rumah lelong:

1.Semak CCRIS Report

Ini sangat penting! Pertama sekali, anda perlu semak CCRIS anda.

Kalau CCRIS sangkut, loan anda pasti tidak lulus. Jika ini terjadi, anda akan lebur deposit 10%. Melainkan anda ada tunai untuk selesaikan baki 90% tersebut.

Jadi buat perkara ini dahulu. Semak CCRIS. Jangan skip!

Untuk semakan CCRIS, anda boleh mendapatkan laporan CCRIS ini dari Bank Negara. Hanya perlu bawa IC sahaja.

CCRIS report ini merekod segala loan yang anda ada dan loan yang pernah anda apply serta rekod bayaran pinjaman anda. On time ke culas? Hehe..

Daripada CCRIS report ini pihak bank boleh letak “benchmark” samada anda disiplin membayar hutang atau tidak.

2.Semak Kelayakan Loan

Yes. Nak beli rumah perlulah semak kelayakan loan anda. Bila dah semak, barulah anda tahu berapa pelaburan maksima yang anda mampu lakukan.

Berapa anda layak untuk loan? Tidaklah nanti ter-bida lebih dari kelayakan loan.

Untuk semakan loan anda boleh hubungi pihak bank atau anda sendiri boleh Kira Debt Service Ratio @DSR anda. Lain bank lain peratus loan di berikan.

3. Lakukan Site Visit

Anda nak buat satu pelaburan yang besar. Bukan RM100 bukan RM1,000 tetapi puluh-puluh ribu atau ratus-ratus ribu. Nasihat saya luangkan masa untuk lakukan site visit unit yang ingin di bida. Di dalam ebook Nota Rumah Lelong, ada saya kongsikan apa yang anda perlu lakukan semasa site visit; Apa nak tengok semasa site visit dan bagaimana nak tahu unit berpenghuni atau tidak.

Bagaimana nak elak buang masa pergi site visit unit yang tidak wujud. Ada di kongsikan.

Saya juga turut kongsikan bagaimana nak uruskan pemilik atau penyewa rumah lelong di dalam bonus sekiranya anda mendapatkan ebook tersebut.

4. Dapatkan P.O.S (Proclamation of Sales)

Untuk lihat unit-unit lelong, anda boleh lawati laman web seperti lelong tips betul? Tetapi bagaimana nak dapatkan P.O.S tersebut? Di lelong tips hanya subscriber sahaja dapat access kepada dokumen tersebut.

Tak percaya boleh buka laman web lelongtips. Cuba download P.O.S boleh tak?

Apa itu P.O.S?

P.O.S adalah dokumen yang mengandungi syarat-syarat jualan, alamat unit dan maklumat lengkap tentang unit lelongan tersebut seperti title dan lain-lain.

Jika anda tiada P.O.S dan tiada alamat, bagaimana anda nak lakukan site visit kan?

Jika anda nak tahu, P.O.S ini anda boleh dapatkan secara PERCUMA sahaja. Ya. Percuma.

Tetapi di luar sana ada yang menjual P.O.S ini dengan harga RM50.00 untuk satu salinan. Iya..Sebab itu saya sarankan anda labur untuk ebook ini.

Saya kongsikan di dalam ebook Nota Rumah Lelong ini bagaimana anda nak dapatkan P.O.S ini secara PERCUMA sahaja.

Daripada bayar RM50.00 untuk P.O.S, (anda tak dapat ilmu langsung tentang rumah lelong) lebih baik labur untuk ilmu melalui Nota Rumah Lelong ini. Ebook dapat, ilmu dapat, bonus dapat dan P.O.S pun anda dapat PERCUMA nanti.

Anda tak perlu bayar sampai RM50.00 pun untuk dapatkan ebook ini. Dan saya berikan jaminan pulangan wang jika anda tidak belajar sekurang-kurangnya 3 manfaat dan ilmu baru dari pelaburan anda ini.

——–

cta-nrl-page3Sekiranya anda berminat nak tambah ilmu tentang rumah lelong ini..ada disertakan tips-tips lelong dan cara beli rumah lelong dengan betul di dalam nota ini ..

Elak diri anda dari langgar dinding & kurangkan risiko untuk lebur deposit. Baca lanjut di link di bawah ini.:

KLIK SINI>> Nota Rumah Lelong

p/s: Jika anda rasa ilmu di sampaikan dalam posting ini bermanfaat dan berguna, silalah share link artikel supaya rakan-rakan dan keluarga anda mendapat manfaat yang sama. Terima kasih.

 

Tagged , , , , , ,

10 thoughts on “5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!

  1. […] Klik sini untuk baca>> 5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu! […]

  2. […] [Baca]:5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu! […]

  3. […] [BACA:5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  4. […] [Baca: 5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  5. […] [BACA:5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  6. […] [BACA: 5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  7. […] [BACA: 5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  8. […] [BACA: 5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  9. […] [BACA: 5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!] […]

  10. […] jelah jalan penyelesaian. Ini cerita kad kredit. Tapi kalau loan rumah? Silap haribulan boleh kena lelong rumah kalau tertunggak lebih 3 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *