5 Tips Penting Set Iklan FB Ads (2020)

SEBELUM BUAT IKLAN FB ADS, BACA 5 TIPS PENTING INI DAHULU!

 

Saya bukan otai atau pun pakar dalam pemasaran FB ads, jauh sekali sifu.. tapi ini saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri menjalankan kempen iklan pemasaran melalui FB ads.

Ramai mengadu, iklan ramai foreigner yang Like & Komen. Dan satu lagi masalah ialah kos iklan tinggi dan engagement pulak kurang.

Dulu masa saya mula-mula guna FB Ads macam tu jugak.

Salah satu sebabnya mungkin ada setting yang anda terlepas pandang semasa buat iklan tersebut.

Jadi saya kongsikan 5 Tips Penting FB Ads ini untuk anda ikut supaya iklan yang anda buat dapat capai audience lebih berkualiti, lebih tepat dan dengan kos yang rendah.

5-tips-iklan-fb-ads-2020

Baca lanjut jangan skip ya, nanti terlepas lagi point-point penting. (huhuhu)

[Baca: Fomula 3+1 Letupkan Sales 2020]

Tips Iklan #01 – Set Lokasi Dengan Betul

 

Ramai yang buat iklan main hentam sahaja. Sebab tu penting ilmu.

Okay jom saya kongsi. Mula-mula pergi ke ads manager dan pilih jenis iklan. Dalam contoh ini saya pilih engagement.

Kemudian klik continue.

Bila set lokasi di dalam setting FB ads, pastikan anda set dan pilih option lokasi : “People who live in this location”.

Elakkan “Everyone In This Location” , “People Recently In This Location” & “People Travelling In This Location”.

Jangan target satu Malaysia. Kalau boleh target bandar-bandar utama contohnya KL, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, JB dan lain-lain.

Kenapa?

Sebab yang biasa dengan belian online, atau ada purchasing power ni orang di bandar-bandar.

Lagi kecil kawasan, lebih targetted audience anda. Dalam contoh saya, jika saya lakukan iklan menjual unit hartanah di Setia Alam misalnya, saya mungkin akan target betul-betul pilih Setia Alam. Mungkin radius 5-10miles sahaja.

Orang yang dah biasa dengan kawasan situ lebih tertarik nak tengok iklan, sebab dah biasa dengan kawasan di situ.

 

Tips Iklan #02- Set Language

 

Kadang-kadang, ada yang set iklan tanpa specify language apa.

Sebab itu banyak foreigner yang like dan komen.

Di bahagian language, letakkan “English (All), Malay” .

Simple kan?

Tips Iklan #03 – Avatar Pelanggan

 

Avatar ni penting, ia seperti satu karakter ideal prospek bagi produk anda. Bukan reka-reka petik dari langit.

Contoh: saya jual property unit baru, dari developer di Setia Alam. Siapa propsek ideal saya? Yang baru bekerja, umur 25-35, sudah berkahwin, bekerja jawatan executive, ada degree misalnya.

Details ini yang saya masukkan dalam bahagian interest. Apa behaviour mereka. Mungkin suka bisnes, masukkan page Irfan Khairi atau Azizan Osman misalnya.

Facebook akan mencari prospek ideal ini untuk anda melalui interest-interest yang telah di masukkan ini. Faham ya?

Jika anda ada existing customer, lebih baik! Jadikan pelanggan sedia ada anda sebagai avatar. Umur, pekerjaan,pendidikan, taraf perkahwinan dll ikut sahaja data mereka.

Mereka sudah pun membeli, jadi anda nak Facebook cari orang sama seperti mereka juga! Baru iklan jadi targetted dan tepat.

Umur memainkan peranan penting. Jika yang lebih berumur 35-50 tahun misalnya, dalam kes saya niche hartanah, mungkin mereka lebih cenderung buat pembelian hartanah dengan tujuan untuk pelaburan atau persaraan.

Contohnya, tanah lot,landed semi-D,lot kedai komersial unit, bungalow dll. Ini mungkin lebih sesuai untuk mereka. Purchasing power, keinginan, kapasiti loan, nett income, DSR dan tunai yang mereka miliki juga berbeza dengan prospek berumur bawah 35 tahun. Setuju?

Tips Iklan #04 – Gambar

 

Iklan yang tiada gambar, kos per engagement lebih tinggi berbanding iklan yang mempunyai gambar.

Dari gambar yang anda paparkan, prospek berhenti untuk lihat iklan.

Saya ambil contoh unit jualan property di Setia Alam tadi. Jika saya guna gambar related dengan kawasan tersebut, prospek akan berhenti tak scroll untuk lihat iklan tersebut?

Sumber: gowhere.my

Saya boleh ambil gambar berlatar belakangkan Setia City Mall misalnya. Ia landmark yang di kenali. Kalau saya guna gambar UITM, pasti tiada yang nak lihat iklan jual hartanah di Setia Alam.

Dan guna gambar yang jelas dan cantik. Fakta menunjukkan gambar yang cantik meningkatkan lagi engagement audience dan meningkatkan jumlah share!

Tips: Ikut spesifikasi size gambar dan jumlah “wording” yang di tetapkan oleh FB untuk iklan mudah approved dapat reach banyak. Jika tak ikut, reach rendah dan kos tinggi.

Sumber: postplanner.com

Tips Iklan #05 – Cara Rendahkan Kos Iklan

 

[LIHAT: 21 Video Panduan Facebook Ads LikeMethod]

Kebiasaannya, jika saya memulakan satu-satu kempen saya tidak akan letakkan kesemua bajet di dalam satu iklan.

Saya akan pecah-pecahkan iklan di panggil split test. Boleh uji gambar berlainan, copywriting berlainan dan jenis iklan. Jangan tukar semua sekaligus. Tukar satu sahaja bagi setiap iklan.

Kemudian jalankan iklan serentak (dari split test) dan lihat kos setiap iklan dan jumlah engagement atau komen atau leads yang anda dapat. Biarkan iklan berjalan beberapa hari.

Iklan yang mahal, anda boleh pause atau tutup. Iklan yang dapat kos murah dan leads paling banyak biarkan berjalan. Bergantung kepada jenis iklan dan objektif anda.

Ini tips terakhir dari saya.

 

Jika anda nak jimat, dan baru nak buat iklan untuk kempen awareness misalnya, saya amat syorkan anda buat iklan dan pilih iklan jenis video view. Pengguna facebook sekarang suka tonton video dari membaca, jadi kos iklan akan jadi rendah dan reach akan menjadi tinggi.

Tak ada camera mahal untuk buat video?

Pakai smartphone pun sudah memadai untuk permulaan. Rakam atau selfie video @ vlog kemudian upload ke page FB anda. Kemudian run video tersebut kepada avatar anda.

Nak tips lagi?

Pastikan di dalam video tersebut anda selitkan Call To Action @CTA yang bersesuaian.

Sumber: Score.org

Contohnya di akhir video, boleh minta audience komen ‘PM” untuk info lanjut, tinggalkan nombor telefon, atau isi borang untuk kumpul database ataupun minta mereka share video tersebut. Anda tak minta, anda tak dapat lah.

Wajib ada CTA @ Call to action!

[BACA: Cara Tingkatkan Sales Melalui Facebook Ads]

Baik. Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Moga artikel ini bermanfaat dan mendapat SHARE dari anda 🙂

===============

Nak tahu tak RAHSIA bagaimana saya manage beberapa page FB saya dan JANA JUALAN:

  • Tanpa perlu reply PM satu-satu
  • Tanpa perlu layan inbox PM berjam-jam
  • Boleh closing secara automatik dan
  • Kumpul database prospek dengan cepat?

[Klik Sini & Baca: Automasikan PAGE FB ]

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *