7 Tips Bagaimana Ejen Hartanah Berusia 26 Tahun Jadi Jutawan Segera

Photo Kredit: Says.com
Photo Kredit: Says.com

Mahu berjaya, berkawanlah dengan orang yang berjaya. Mahu jadi kaya, jadikanlah ‘circle’ orang kaya sebagai rakan anda. Tapi bukan berlagak kaya sedangkan tiada apa-apa. Baca kisah ejen hartanah berusia 26 tahun ini yang telah menjadi jutawan segera selepas membina networking dengan golongan kaya di Singapura.

Shirley Seng yang kini menetap di Singapura memiliki pengalaman sebagai agen hartanah kurang dari 5 tahun di Singapura. Dia menyertai HSR International Realtors selama 4 bulan dan ERA Realty selama 4 tahun. Terbaru, dia bersama Propnex Realty sejak Januari 2015.

Shirley Seng pernah menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berjaya menjadi jutawan segera apabila berjaya menjual sebuah penthouse di Le Nouvel Ardmore dengan harga $51 juta!

Ms Seng memperolehi 3% komisyen keseluruhan yang berjumlah $1.5 juta. Keluasan penthouse adalah 13,875 kaki persegi, menjadikan ia bernilai $3,675 per kaki persegi untuk keluasan tersebut.

Le Nouvel Ardmore dinyatakan sebagai ultra luxury condominium yang memiliki status pegangan bebas (freehold) di Singapura. Ia mempunyai 33 tingkat dengan 43 buah kondominium. Mengikut brosur projek pembangunan Le Nouvel Ardmore, unit penthouse mempunyai lima bilik tidur, dengan ruang keluarga dan ruang belajar di tingkat 32. Di tingkat 33 pula, terdapat kolam renang, foyers, teres bumbung, gim dan ruang hiburan.

Kredit : Business Times Singapore
Kredit : Business Times Singapore

Ini adalah 7 tip bagaimana Ms Seng berjaya sebagai ejen hartanah berstatus jutawan yang telah dikupas daripada pelbagai artikel mengenai beliau.

  1. Berani

Ms Seng berani mencuba. Beliau menjual hartanah bernilai jutaan ringgit meskipun kebanyakan hasil pendapatannya adalah daripada penyewaan bangunan. Beliau juga berani menceburi bidang hartanah meskipun dia bukanlah graduan hartanah ataupun memiliki kenalan di dalam bidang ini. Beliau bekas graduan Politeknik Nanyang dan mempunyai diploma mutlimedia dan teknologi info komunikasi.

  1. Jangan Terburu-Buru Tetapi Fokus

Rundingan berlangsung selama 2 bulan bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Mei yang lalu. Sementara menjayakan rundingan ini, Ms Seng telah berjaya close deal dengan 53 klien sejak Januari lalu dan komisyen yang beliau perolehi setakat ini adalah $1.7 juta.

  1. Networking Relationship dan Pelanggan High-Profile

Pelanggan terdahulu Ms Seng di Marina Bay Residences telah mencadangkan beliau kepada Mr Sun Tongyu, co-founder Alibaba. Buat pengetahuan anda, beliau tidak ada hubungan dengan orang kaya atau orang perantaraan dengan orang kaya sebagai asas kerjayanya di dalam bidang hartanah. Beliau menembusi rangkaian orang kaya dengan membantu menyewakan apartment mereka, terutama di kawasan Marina Bay dan Orchard.

 

  1. Bantu Jayakan Rancangan Klien

Shirley Seng menyatakan adalah penting untuk kita kenalpasti dan tahu kehendak dan keperluan klien high-profile. Ia menepati fokus kepakarannya yang melibatkan jual dan sewa apartment di kawasan bandar dan barat daya Singapura.

“Saya hanya tahu dia (Mr Sun) adalah seseorang yang memiliki aset dan kekayaan yang banyak. Dan seperti klien high-net-worth yang lain, mereka biasanya tahu apa yang mereka mahu. Dan saya berada bersama mereka untuk membantu menjayakan rancangan mereka.”

  1. Memudahkan Pelanggan

Di laman web Shirley Seng menyatakan perkhidmatannya melibatkan keseluruhan proses pembelian iaitu mencari hartanah, runding harga terbaik, melakukan tawaran dan dapatkan kesepakatan tawaran.

Selain itu, beliau turut memberi layanan istimewa kepada klien-kliennya seperti mengambil klien dengan kereta Audi A4 miliknya, menurunkan klien di lokasi yang diminta oleh mereka setelah urusan selesai dan kadang-kala membantu mereka dalam urusan kerja seharian. Pastikan melakukannya dengan ikhlas, barulah klien dapat merasai keikhlasan kita.

audi a4
Kredit: autosportsindia.com

 

  1. Kepantasan Adalah Penting

Ini satu tip yang diberikan oleh Ms Seng tentang cara berurusan dengan klien kaya.

“Kepantasan adalah penting. Saya selalu akan kembali kepada mereka dalam jangkamasa satu hingga dua jam. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka adalah keutamaan saya.”

  1. Wang Bukan Dorongan Utama

Dorongan utama buat Ms Seng berusaha dengan lebih gigih di dalam kerjayanya bukanlah wang ringgit tetapi dia nekad bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarganya. Ini kerana Ms Seng berasal dari keluarga susah.

Buat pengetahuan anda, Ms Seng sehingga kini masih tinggal serumah bersama ibu bapa, datuk nenek, dua adik-beradik, empat saudara mara dan seorang pembantu. Dia masih tidur di ruang tamu rumah mereka.

Tambahan pula, Ms Seng telah menentang hasrat keluarganya yang menyuruh dia sambung belajar. Dia menentang hasrat tersebut kerana mahu mencuba peluang di dalam bidang hartanah ini.

Sumber: Property Guru Singapore, Shirley Seng Property, Yahoo Singapore, Property Smart Investors, The Penthouse Collections, SH House, Asia One, The Vocket.

——–

2 minggu yang lepas saya telah sediakan satu panduan ringkas dan padat sendat berkenaan ejen hartanah –  ebook bertajuk >>Ejen Hartanah Dari Zero.

Ia bukan sahaja sesuai untuk yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni atau berkira-kira nak jadikan kerjaya..malah sesuai untuk owner rumah atau bakal owner rumah pun WAJIB tahu…senang nak pantau apa ejen korang buat nanti..hehe

Nak join terus agensi tak berani pula. Boleh ambil ilmu di sini dahulu.

Info lanjut boleh klik di sini >> Ejen Hartanah Dari Zero.

————————

Jika anda berminat nak melabur dalam hartanah lelong boleh baca artikel ini dahulu.

[Baca]:5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!

Tagged , , , , , , , , ,

Leave a Reply