7 Tips “Live FB” Dari Sifu Pemasaran Online (2020)

Ketahui 7 Tips “Live FB” Untuk Tingkatkan Engagement

 

Tips “Live FB” ini adalah dapatan dari sifu pemasaran online yang saya selalu follow di FB.

Tonton video di bawah untuk ketahui 7 tips tersebut atau baca artikel sampai habis.

 

Buat masa sekarang, Facebook lebih suka jika anda kongsikan konten berbentuk video. Fungsi “Sesi Live” di facebook adalah salah satu pilihan terbaik untuk mendapatkan engagement tinggi buat masa ini.

Ini kerana facebook akan mencari dan bantu anda mendapatkan audience untuk satu-satu Live tersebut.

Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan apa 7 tips tersebut supaya anda juga boleh aplikasikan dalam perniagaan anda.

[BACA: Cara Letupkan Sales Melalui FB Ads]

TIPS 1 -Be Prepared

 

Sumber: laprensalibre.cr

Ini tips nombor satu. Bersedia. Walaupun dah biasa bercakap di depan stage, sentiasa bersedia. Jangan terus spontan sahaja.

Sebelum buat Live di FB, biasakan untuk sediakan topik yang ingin anda kongsikan.

Buat satu list dalam bentuk point supaya Live tersebut lancar dan tidak meleret-leret.

Tak tahu nak live tentang topik apa?

Tanya pada fans anda, rakan-rakan FB anda dan follower anda apa yang mereka nak tahu. Mungkin ada soalan yang mereka nak tanya, jadi anda kumpulkan soalan-soalan tersebut dan jawab melalui sesi live.

Buat satu posting, tanya soalan di Fb wall pada waktu pagi. jawab live waktu malam.

Bijak tak? hehe.

TIPS 2 – Just Do It

Sumber: Youtube

Tak perlu tunggu perfect baru nak buat Live. Just do it!

Jangan dah ada topik, malu pulak..

Anda dah sediakan topik dan point-point penting, capai terus smartphone dan buat sahaja live di FB.

Tak perlu pun macam berpidato, jangan skema-skema.. gaya santai pun okay. Deal?

TIPS 3 – Minta Bantuan Audience Untuk Share

Sumber: marketingland.com

Ya. Minta bantuan mereka. Bila mula-mula live di FB, biasanya tak ramai akan join, so kalau ada yang join live bersama anda minta bantuan mereka untuk klik button “SHARE” dulu sebelum sesi betul-betul mula.

Ini supaya lebih ramai dapat join live anda tersebut.

Dan semasa live, sesiapa sahaja yang join dan komen anda boleh sebut nama mereka di dalam live dan ucap terima kasih kerana join sesi live tersebut. Tanya khabar.

Baru lah mereka rasa dihargai. Betul tak? Lain kali mereka join lagi.

Ada 2-way communication.

TIPS 4 – Live Dengan Influencer

Sumber: iezayusofconsulatancy.com

Influencer ni lebih kepada ikon yang famous. Macam saya katakan niche property atau hartanah, mungkin saya boleh cuba untuk live bersama Ahyat Ishak atau Abang Ensem misalnya (kalau mereka sudi lah).

Audience akan lebih tertarik untuk join sesi live kalau ada “retis” bersama anda. Kita “pinjam” sikit populariti mereka. 😉

Kalau tak dapat yang famous, cari yang anda kenal dan pakar dalam bidang atau topik live anda pun sudah memadai.

Saya ada kenalan banker atau lawyer, jadi saya pergi ofis mereka dan buat sesi live. Faham kan?

Semasa sesi live, boleh lakukan sesi soal jawab atau minta audience berikan soalan di ruangan komen. Dah dapat soalan, cuba jawab sebaik mungkin.

InsyaAllah engagement akan meningkat dengan sangat tinggi.

TIPS 5 – Lokasi Yang Sesuai

 

[BACA: 21 Video Marketing FB Ads Like Method]

Bila nak live, penting untuk cari lokasi yang sesuai. Tak semestinya tempat mahal. Yang penting tidak bising.

Misalnya di dalam kereta pun okay. Saya sendiri live dan rakam video dalam kereta sahaja.

Tetapi lebih baik jika lakukan sesi live di ofis atau di dalam bilik tertutup supaya suara dapat di dengari dengan jelas.

TIPS 6 – Internet Laju

Sumber: wikipedia.org

Salah satu sebab amat di sarakankan anda melakukan live di pejabat adalah kerana biasanya di pejabat ada wifi.

Jadi wifi ni internet boleh dikatakan laju, maka sesi live dapat berjalan dengan lancar.

Kalau sangkut-sangkut ketika sesi, bakal buatkan audience terganggu dan mereka akan tinggalkan atau keluar dari sesi tersebut.

Jadi ingat. Internet connection kena laju!

TIPS 7 – Hadiah & Free Gift

Sumber: huffingtonpost.com

Ini tips terakhir untuk anda. Semasa di awal permulaan sesi live di FB, nyatakan tentang hadiah yang anda akan beri pada mereka yang bertuah atau andai mereka stay sampai habis sesi live tersebut.

Anda boleh letakkan syarat. Contohnya mesti komen, like dan share sesi live tersebut. Dan anda akan pilih mereka yang bertuah selepas sesi live tersebut tamat.

Anda juga boleh nyatakan tentang free gift ini sekali lagi di tengah-tengah sesi live. Supaya audience yang baru join di tengah-tengah sesi tahu tentang gift tersebut.

Ini juga akan membuatkan engagement meningkat, dan jumlah audience yang join sesi live makin meningkat.

Tak ada modal lah nak beli hadiah?

Hadiah tidak semestinya perlu mahal. Boleh jadi sebuah buku, sesi lunch bersama ke, ebook free ke atau pun konsultansi percuma.

Mungkin anda baru balik bercuti, bolehlah beri hadiah keychain misalnya. Walaupun kecil, ia tetap bermakna buat audience.

Tak percaya buatlah 🙂

Okay itu dia 7 Tips Live FB yang saya dapat kongsikan dengan anda berdasarkan apa yang guru pemasaran kongsikan dan berdasarkan pemerhatian saya.

Semoga dengan tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan engagement dan semoga anda mendapat manfaat.

Jangan malu. Buat sahaja. Saya doakan semoga anda berjaya & kaya. InsyaAllah.

SHARE jika rasa artikel ini bermanfaat 🙂

==================

p/s: Nak tahu tak RAHSIA bagaimana saya manage beberapa page FB saya dan JANA JUALAN:

  • Tanpa perlu reply PM satu-satu (secara manual)
  • Tanpa perlu layan inbox PM berjam-jam
  • Boleh closing secara automatik dan
  • Kumpul database prospek dengan cepat?

[Klik Sini & Baca: Automasikan PAGE FB 24/7 ]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *