Bina Website Sendiri: 5 Kelebihan Ada Website Pada 2017

5 Kelebihan Ada Website Anda Sendiri!

Anda mempunyai perniagaan? Tetapi belum ada website sendiri? Tak tahu bagaimana nak buat website pun kan?

Anda tahu tak apa kelebihan ada website sendiri? Ada banyak kelebihan sebenarnya jika anda ada website anda sendiri.

Nak tahu apa website boleh lakukan untuk bisnes anda?

Luang 5 minit anda dan baca sedikit perkongsian dari saya..

 

Dulu saya ingat blogger ni sebagai hobi. Tak boleh jadi “career” dan hasilkan income. Dan bila orang beritahu saya blog dan website adalah platform yang sangat powerful.. saya tak percaya!

Betul ke boleh dapat free trafik? Betul ke boleh generate sales?

Tak mungkin dari iklan banner boleh dapat duit banyak kan?

Macam mana mereka boleh buat duit dengan website mereka ni? Banner iklan adalah salah satu sumber yang menyumbang kepada pendapatan blog, tapi ia hanya menyumbang “percentage” yang kecil sahaja.

Sampailah satu hari ni, saya bina website saya sendiri dan saya sendiri rasa pendapatan dari website saya tersebut.

Sekarang, saya nak kongsi dengan anda 5 kelebihan bina website anda sendiri.

Nak tahu? Baca seterusnya..

Kenapa website? Apa kelebihan website?

1.Dapat Bina Trust Pelanggan

 

Website jika di gunakan sepenuhnya boleh menjadi sebuah platform yang sangat “powerful” untuk membina TRUST!

Sebelum tu saya nak tanya..

Anda pernah survey dan shopping online kan?

Kalau anda di beri pilihan antara 2 peniaga di bawah, yang mana satu anda akan pilih untuk berurusan?

Peniaga A: Yang ada website & Fan Page Facebook.

Peniaga B: Hanya ada Fan Page Facebook sahaja.

Sudah tentu peniaga A bukan?

Sebab peniaga A nampak lebih:

  • Profesional,
  • Lebih kredibiliti,
  • Nampak lebih kukuh dan
  • Lebih meyakinkan!

 

Sebabnya? Ada laman website bisnes sendiri.

Prospek biasanya melakukan pembelian sebab 2 perkara ini.

Pertama sebab “Emosi” dan kedua sebab “Kepercayaan” @ TRUST.

Website ini macam “namecard” anda juga. Ada cerita tentang syarikat anda, tentang produk anda, termasuklah cara untuk hubungi anda.

Dan di website, anda boleh sediakan blog. Beberapa artikel tentang bisnes dan manfaat produk anda sudah memadai.

Kebanyakan pelanggan mahu info. Bila anda berikan info yang membantu pelanggan, mereka mula suka pada anda.

Anda menjadi rujukan utama. Dari situ terbentuknya “trust”. Bila sudah ada “trust”, pelanggan tak akan membeli dengan orang lain. Mereka akan beli dengan anda.

2.Website Adalah Aset Perniagaan

 

Tahukah anda, sekiranya anda boleh mendapat trafik yang banyak ke laman web anda dan mempunyai database pelanggan yang berkualiti, website tersebut boleh di jual?

Inilah dia hartanah maya. Contoh paling mahal adalah laman marketplace hartanah iaitu iproperty yang di jual dengan harga RM2.3Billion!


Ia tak mustahil.

It’s been done before.

Kita ambil contoh seperti website-website feymes seperti siakapkeli.my, thevocket.com dan trivago misalnya.

 

“Hotel?? Trivago” tagline yang mereka gunakan.

 

Mereka secara tak langsung menjadi agensi pengiklanan hotel dan jana pendapatan dari iklan dan sumber-sumber lain.

Seperti thevocket dan siakapkeli misalnya. Jangan salah sangka dan ingat posting artikel mereka saja-saja ya.

Mesti ada income, nak bayar pekerja dan editor. Betul tak?

Melalui pengiklananlah mereka jana pendapatan. Bila trafik banyak, macam-macam cara boleh dilakukan untuk jana pendapatan.
Dan..ada juga website yang objektif utamanya bukan jana pendapatan dari iklan.

Mereka bina brand dan bila brand makin besar dan di kenali, brand tersebut boleh di jual. Bukan puluh-puluh juta, tapi boleh cecah ratusan juta.

Pernah dengar REV ASIA? Syarikat besar ini membeli 3 portal dari Malaysia dengan harga RM2.65 Juta iaitu siraplimau.com, kongsiresepi.com, dan myresepi.com.

Build a business that you can sell.

Dah nampakkan bagaimana website boleh jadi asset anda?

Mari ke point seterusnya..

 

3. Medium Bina Authority

 

Dengan mempunyai website, anda mempunyai kawalan penuh terhadap konten yang anda bina. Setiap apa yang anda publish di website, bergantung pada anda.

Malah tiada siapa boleh usik dan buang posting anda di website.

Pernah dengar tentang content marketing?

Melalui content marketing, anda dapat bina kepercayaan pelanggan.

“SALES IS ALL ABOUT TRANSFERING TRUST”

Content marketing juga membantu anda membina “Authority” yakni sebagai pakar dalam bidang anda.

Katakan anda melakukan bisnes di dalam niche servis seperti ejen takaful, ejen unit trust, ejen hartanah ataupun ejen public gold misalnya.

Niche-niche ini biasanya memang sukar nak closed pelanggan. Bila cerita je buat insurans atau takaful, prospek pasti mengelak.

Betul tak? hehe..

Tetapi melalui website anda, anda boleh tarik prospek dengan perkongsian konten-konten yang bermanfaat dan bernilai tinggi dahulu (content marketing).

Di sini anda sebenarnya membina “authority” dan “credibility” anda sebagai seorang pakar dalam niche anda.

Kita ambil contoh niche Takaful.

Katakan Nadia adalah salah seorang prospek anda. Bila anda post link artikel website anda di laman sosial, si Nadia ni pun klik dan baca.

“Wah ilmu baru. Sebelum ni tak ada siapa share pasal benda ini” kata Nadia dalam hati.

Nadia pada waktu ini masih dalam kategori prospek. Saya gelarkan sebagai “cold market”.

Tetapi Nadia sudah jadi pelawat website anda.

Jika ada apa-apa info berkaitan Takaful yang Nadia ragu-ragu atau tak faham, Nadia akan lawat lagi website anda dan baca melalui perkongsian di website anda. Lepas satu artikel, baca lagi artikel seterusnya.

Pada waktu ini, Nadia sudah pun menjadi “warm market”. Dia sudah mula kenal anda. Dan melalui konten-konten di website yang anda selalu kongsi, Nadia mula suka pada anda.

Pada peringkat ini, Nadia dah jadi “hot market” anda. Sebab Nadia dah mula percaya pada anda.

Dan apabila Nadia ingin melakukan pembelian produk Takaful, agak-agak siapa yang Nadia akan cari terlebih dahulu?

Adakah Nadia akan beli dengan mana-mana ejen yang Nadia terjumpa (tak kenal) atau anda yang banyak bantu melalui perkongsian sebelum ini?

Sudah semestinya anda!

Sebab anda dah bina kepercayaan dan hubungan dengan Nadia melalui perkongsian anda di website.

“AUTHORITY ADALAH LESEN UNTUK ANDA MENJUAL”

Bina Follower

 

 

Setiap kali anda bina konten bermanfaat, InsyaAllah mudah untuk pelawat website anda share konten tersebut di media social.

Makin hari makin bertambah pelawat ke website anda.

Melalui button “share” yang anda install, memudahkan lagi untuk pelawat share artikel-artikel anda. (senang nak viral)

Lama-kelamaan, anda akan ada follower anda tersendiri.

Anda juga boleh letakkan button follow di website anda untuk pelawat follow anda di media social seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.

Pada waktu ini, anda akan menerima banyak email, komen, PM dan dari situ anda akan mula dapat enquiry dan sales mula masuk dengan banyak.

Dan proses closing menjadi mudah kerana prospek sudah kenal, suka dan percaya pada anda.

Prospek Lebih Fokus

 

Saya ambil satu contoh..

Jika anda scroll timeline newsfeed facebook anda, apa yang anda dapat lihat?

Iklan!

Atas, bawah, kira dan kanan ada iklan!

Iklan iklan iklan iklan iklan. Betul tak?

Setiap hari, berpuluh ribu iklan di paparkan kepada anda. Begitu juga dengan prospek anda!

Begitu juga iklan dari pesaing-pesaing anda betul tak?

Tetapi melalui website, prospek anda lebih fokus kepada konten & “pitch sales” anda.

Tiada gangguan iklan langsung jika di website anda.

Bila prospek lebih fokus, akan membuatkan engagement anda dengan prospek meningkat seterusnya conversion anda juga akan meningkat!

Sales pun pasti meningkat!

4. Channel Marketing Evergreen

 

Setiap posting yang anda publish di website anda, ia akan di index oleh Google ke dalam enjin carian.

Dari situlah anda akan mendapat “Free Trafik” dari carian di search engine google.

Teknik yang di gunakan ini ialah teknik “Search Engine Optimization” atau SEO.

 

Pernah dengar kan?

Bahasa mudahnya, untuk mendapatkan free trafik ini, anda perlu menggunakan “keyword” yang prospek anda akan search dan selalu cari.

Dan untuk membuat kajian “keyword”, terdapat beberapa cara dan salah satunya adalah melalui “google keyword planner”.

 

Photo kredit: Google

 

Ia adalah satu tools untuk anda buat kajian tentang keyword dan anda boleh tahu berapa banyak carian dilakukan menggunakan keyword tersebut.

Anda hanya perlu buat sedikit kajian tentang keyword dan publish post sekali sahaja dan ia akan sentiasa ada di dalam carian selagi website anda wujud.

Sebab itu website adalah “channel marketing evergreen”.

Dan jika anda sudah optimize kan keyword anda, anda akan mendapat trafik berterusan tanpa sebarang kos.

Risiko guna satu platform

 

Saya sendiri mempunyai akaun fanpage facebook, tetapi saya tidak bergantung hanya kepada satu platform ini sahaja.

Kenapa?

Saya ambil contoh fanpage facebook.

Jika anda pernah menjalankan kempen iklan di facebook, tentu anda pernah dengar tentang “flagged account”.

Jika anda tak pernah kena, mungkin rakan anda pernah kena. (Jomm berhuhuhu sama-sama)

Bila anda guna platform facebook, terdapat peraturan-peraturan yang perlu anda ikut. Dan peraturan ini berubah dari masa ke semasa.

Jika anda tersilap langkah, anda berisiko untuk di “flagged”.

Lebih teruk kalau akaun anda yang anda bina di tutup terus oleh facebook.

Dah bina fanpage bertahun-tahun dengan follower dan likers beratus-ratus ribu tiba-tiba hilang dalam masa semalaman!?

Ini risiko besar buat satu-satu perniagaan!
Tetapi dengan adanya website, risiko ini dapat di elakkan.

Walaupun akaun media sosial anda di tutup, folower anda masih boleh berinteraksi dan menghubungi anda melalui website anda.

Be Everywhere

 

Macam saya katakan jangan bergantung pada satu platform. Bisnes anda perlu berada di mana-mana.

Katakan anda jalankan kempen iklan di Facebook secara hardsell.

Prospek lihat iklan dan klik. Apa jadi selepas tu?

99% prospek kebiasaannya tidak kenal anda. Mereka hanya akan baca dan kemudian beredar.

Mungkin hanya 1% sahaja akan respon. Belum membeli.

Kalau mereka nak info lanjut, apa mereka akan lakukan?

Yes. Mereka akan “google” pula selepas itu.

Betul tak? Sebab apa?

Mereka nak compare harga, nak lebih maklumat.

Apa jadi jika pesaing anda ada website yang sediakan konten dan mampu beri lebih manfaat buat mereka? Mereka search dan jumpa pula pesaing anda. #eh

Anda keluar kos iklan, pesaing anda yang dapat pelanggan!

Tetapi anda ada pilihan untuk elakkan perkara ini terjadi.

Jadi tanamkan mindset “Be everywhere”.

5. Boleh Kumpul Database Pelanggan

Point terakhir ini paling penting.

“Database Is King”

Pernah dengar quote di atas?

Database sangat penting untuk apa jua bisnes.

Tahukah anda melalui website anda boleh kumpul database pelawat anda dengan mudah?

Kebiasaannya anda boleh dapatkan database email. Ia boleh di kumpul dengan menggunakan sistem autoresponder.

Anda pernah dengar Integrated Marketing?

Salah satu intipati Integrated Marketing adalah email marketing.

Setelah anda kumpul database pelanggan anda di website, anda boleh melakukan follow up melalui email menggunakan autoresponder.

Hanya perlu set sekali sahaja dan ia akan berjalan dan bekerja untuk anda secara automatik 24/7 sehari, 365 hari tanpa henti.

 

Katakan anda ada 1,000 database email, anda boleh hantar email promosi kepada kesemua 1,000 prospek anda hanya dengan satu klik sahaja.

Tak perlu anda hantar satu-satu. Ini antara kelebihan autoresponder.

Kos anda juga secara tidak langsung akan menjadi rendah.

Anda mungkin hanya perlu keluarkan kos sekali sahaja untuk mendapatkan email pelanggan.

Dan anda boleh follow up mereka berkali-kali.

Masih ingat 99% prospek yang beredar setelah lihat iklan anda?

99% ini jika masuk ke dalam database anda, anda boleh perah dan perah hingga menjadi pelanggan anda. Ini yang di namakan funnel bisnes.

Setiap kali anda ada posting terbaru atau promosi, anda hanya perlu send link artikel atau kupon kepada kesemua subscriber anda.

“Jap-jap..Masih ada ke orang guna email?”

Saya ambil contoh Air Asia. Setiap kali anda nak beli tiket penerbangan, anda guna email bukan?

Anda akan dapat pengesahan melalui email betul tak?

Bila anda pergi bercuti, nak booking hotel anda lakukan tempahan juga guna email bukan?

Moga persoalan anda terjawab.

Database Untuk Retargetting

 

Selain mengumpul database email follow up prospek, melalui website anda juga boleh dapat database dari pelawat.

Database ini dalam bentuk code untuk tracking.

Terdapat 2 jenis code tracking.

Code pertama yang di maksudkan ialah “facebook pixel”.

Melalui facebook pixel, anda boleh track jumlah pelawat yang lawat website anda.

Dan dengan facebook pixel, anda boleh lakukan kempen iklan retargetting kepada mereka yang sudah lawat sesuatu page di website anda.

Strategi ini yang dinamakan teknik “saka”.

Saya percaya anda tentu pernah lawat laman seperti lazada & 11th street kan?

Anda window shopping, tengok kasut contohnya..anda klik dan lihat kasut tersebut dan kemudian anda tutup browser.

Kemudian anda buka facebook..hidup anda akan mula di hantui.

Iklan mereka akan ikut sahaja anda kemana-mana anda pergi.

Samada facebook atau website-website lain yang anda lawati, akan paparkan iklan mereka.
Anda tengok iklan berulang-ulang kali, lama-lama sampai terbeli.

 

Ini lah kuasa retargetting.

Code kedua yang boleh di letakkan di website adalah code dari google iaitu “tag manager”. Fungsinya sama seperti pixel.

Untuk lakukan kempen remarketting.

Untuk melakukan kempen remarketting anda perlu mempunyai akaun google adwords dan iklan anda akan di paparkan di website-website dan juga di youtube.

Kebanyakan jualan (lebih 50%) datangnya dari kempen retargetting dan remarketting ini.

Selain kempen remarketting, tag manager juga boleh di gunakan untuk melihat statistik pelawat website anda.

Data-data ini penting. Bila dah ada data, anda boleh gunakan untuk kaji konten mana yang lebih di sukai pelawat atau produk mana lebih banyak mendapat klik.

Dari situ anda boleh bina konten-konten baru yang lebih spesifik kepada apa yang pelanggan anda mahu.

Kini anda sudah pun tahu 5 kelebihan mempunyai website. Saya harap ia dapat membuka mata anda dan seterusnya membantu anda dalam perniagaan kelak.

SHARE lah artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat.

—————————————-

Baru-baru ini saya ada siapkan satu panduan lengkap step-by-step bagaimana untuk setup website dengan mudah. Ia dalam bentuk tutorial video.

p/s: Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, bagaimana nak bina website bisnes anda sendiri dengan murah dan mudah, boleh klik link di bawah.

cara nak buat website[Baca: Panduan Bina Website Dengan Mudah]

 

Leave a Reply