Ejen Hartanah: 5 Punca Ejen Hartanah Newbie Gagal 2019

Ejen Hartanah: 5 Punca Ejen Hartanah Newbie Gagal 2019

Ejen Hartanah 5 Punca Ejen Hartanah Newbie Gagal 2019: Jika saya senaraikan, sebenarnya ada beratus-ratus punca kenapa ejen hartanah newbie gagal di dalam kerjaya ini.

Tapi setelah diteliti ini adalah 5 punca utama kenapa ejen hartanah newbie gagal dalam kerjaya ini.

#01-BERMINAT VS. KOMITED.

Setiap bulan beratus-ratus ejen baru masuk ke pasaran.  Dan tidak dinafikan rata-rata bermula sebagai ejen part-time. Dan sebab utama mereka mahu ceburi bidang ejen hartanah ini kerana minat.

Minat dengan peluang yang kerjaya ejen hartanah tawarkan.

Minat dengan duit dari komisen sebagai ejen hartanah.

Minat nak berjaya macam ejen-ejen lain yang mereka lihat di sosial media facebook & instagram.

Tetapi..

90% ejen hartanah newbie ini hanya sekadar berminat. Mereka berminat nak dapat semua manfaat yang ditawarkan oleh kerjaya ejen hartanah ini, tetapi tiada komitmen.

Ejen hartanah newbie tidak komited. Maka mereka sertai agensi ejen hartanah selama beberapa bulan, kemudian menghilang.

Kenapa ini terjadi? Sebab hanya berminat tetapi tidak komited.

Mereka hanya melakukan aktiviti ataupun kerja ejen hartanah ini ikut selesa. Mereka hanya buat bila rasa nak buat. Kalau tak mahu buat mereka tak buat.

Berbeza dengan ejen hartanah newbie yang komited, mereka tak buat hanya bila mereka merasa nak buat. Tetapi mereka sentiasa buat. Buat sampai jadi.

Tak kira apa rintangan yang ada di depan, mereka teruskan!

Walaupun bulan pertama zero, tiada sales.

Bulan kedua masih tiada sales.

Bulan ketiga tiada sale. Mereka teruskan.

Jika usaha yang dilakukan sudah betul, insyAllah mereka akan dapat sales yang pertama dan sales seterusnya akan menyusul secara berterusan.

#02-USAHA TAK STRATEGIK

Baik. Bila saya kongsikan tentang punca kenapa ejen hartanah newbie ni gagal sebab tak komited, ada juga ejen hartanah yang komited.

Tetapi kenapa masih gagal buat jualan? Masih tak nampak hasil dari usaha berbulan-bulan ya?

Sebab usaha yang mereka lakukan tidak strategik.

Biasanya ejen hartanah newbie ini tak tahu nak buat apa.

Tak tahu nak mula di mana pun kadang-kadang.

Dan mereka tidak mempunyai plan yang strategik. Ya.

Tak ada plan strategik. Tak ada rancangan.

Antara plan yang strategik yang saya maksudkan ialah sebagai contoh plan atau rancangan untuk mendapatkan database leads pembeli misalnya. Bagaimana nak dapatkan bakal-bakal pembeli hartanah?

Di mana nak cari mereka?

Apa mesej yang ejen newbie nak sampaikan pada mereka?

Kena ada rancangan!

Macam mana nak dapatkan pemilik hartanah supaya hubungi kita?

Di mana mereka berada? Apa mesej spesifik yang ejen newbie mahu sampaikan kepada mereka?

Dan untuk rangka rancangan spesifik ini ejen newbie perlu melakukan tugas-tugas spesifik.

Tugas-tugas spesifik ini yang akan membawa leads pembeli dan leads penjual atau pemilik hartanah.

Ejen Tak Kaji Pasaran Semasa

Selain melakukan tugas-tugas spesifik untuk mendapatkan leads pembeli dan pemilik hartanah, ada satu lagi rancangan strategik yang ejen newbie patut lakukan.

Iaitu mengkaji pasaran semasa hartanah!

Antara punca kenapa ejen newbie gagal dalam kerjaya ini adalah sebab tak mengkaji pasaran semasa hartanah.

Malah tiada usaha untuk mengkaji pasaran semasa hartanah.

Mengkaji pasaran semasa hartanah adalah usaha strategik

Jika ejen newbie tak tahu apa trend pembelian semasa. Apa trend unit hartanah yang banyak terjual, memang ejen hartanah newbie ini akan berada di awang-awangan.

Sehinggakan nak nasihat pembeli harga yang sesuai pun tak tahu. Dan nak nasihat pemilik jual pada harga terbaik pun tak mampu nak buat.

Ejen hartanah newbie akan “lost” bila tak ada data-data ini.

Katakan ejen hartanah newbie ini berada di kawasan Shah Alam, Selangor.

Apa market trend di Shah Alam?

Landed atau high rise?

Unit apa yang banyak transaksi 2-3 bulan yang lalu?

Berapa harga jualan semasa untuk unit studio, unit 2 bilik, unit 3 bilik di i-city misalnya?

Rata-rata ejen newbie konfem tak boleh jawab!

Sebab tu mereka awal-awal dah gagal.

Data-data ini wajib ambil tahu.

Bila dah ada data kerja jadi lebih mudah.

Jika dari data, kawasan i-city banyak jual apartment jenis studio.

Fokus usaha dan plan pemasaran untuk unit studio.

Jangan fokus pada unit landed. Bila kata fokus bukan bermaksud tak boleh jual langsung ya. Cuma lebihkan usaha kepada unit yang high demand.

Lebih mudah kerja ejen hartanah newbie untuk mendapatkan jualan.

Jangan serabutkan kepala anda. Dapatkan dahulu data-data transaksi. Masalah ini selesai. Boleh ke boleh?

Cara untuk dapatkan data transaksi bagaimana pulak?

Baik. Saya kongsikan ya. Cara mudah anda boleh layari laman web www.brickz.my di mana laman web ini akan paparkan senarai transaksi 6 bulan terkini.

brickz-ejen-hartanah

Sebagai contoh saya nak semak transaksi di i-city Shah Alam.

Saya key in keyword “i-city” di dalam kotak search.

brickz 2-ejen-hartanah

Dari laman web ini, akan keluar senarai unit hartanah dengan kata kunci yang saya masukkan. Seterusnya pilih unit hartanah yang anda mahukan dan klik pada nama jalan atau nama unit yang bersesuaian.

 

brickz 3-ejen-hartanah

Nah. Di sini dah tersedia data-data terkini transaksi unit yang kita mahukan. Dalam contoh ini unit di i-city. Ini adalah harga jualan sebenar yang mana tertera dalam Sales & Purchase Agreement di antara pemilik dan pembeli. Ini bukan harga rekaan tapi data sebenar transaksi.

Bila ada data-data ini, mudah tak untuk advise pemilik dan pembeli harga yang sesuai ikut keluasan unit dan jenis unit yang mereka ingin beli atau jual?

Seterusnya saya kongsikan punca #03 kenapa ejen hartanah newbie gagal.

#03-TAKUT BUAT SALAH

Siapa yang tak takut buat salah?

Semua orang takut buat salah. Cuma apa yang terjadi ialah terlalu takut nak buat salah hingga langsung tak buat apa-apa.

Takut salah masuk iklan, takut tak ada orang tengok iklan sampai langsung tak masuk iklan.

Buat salah sebenarnya bagus. Sebagai ejen hartanah newbie, memang kena buat banyak salah. Dari kesalahan kita belajar.

Dari kesalahan kita belajar

 

Macam tu juga cara saya belajar masa mula-mula ceburi bidang hartanah ini. Berapa banyak salah dah buat?

Tak terkira banyaknya salah.

Lupa follow up.

Lupa masuk iklan.

Tersalah advise harga jualan.

Salah masuk maklumat iklan.

Salah masuk gambar unit hartanah.

Macam-macam lah saya buat. Sebab kita tak “perfect”.

Cuma masalah besarnya adalah ejen newbie ni nak nampak bagus sentiasa. Langsung taknak buat apa-apa salah.

Tak mahu buat silap langsung. Itu silap utama!

Jangan takut buat salah. Belajar dari kesalahan. Okay?

#04-TAK ADA ROLE MODEL ATAU SALAH ROLE MODEL.

Dalam apa-apa jua bidang, mesti ada 1 blueprint untuk kita ikut. Dalam kes ni saya ambil blueprint ini sebagai role model lah mudah cerita.

Bila role model yang kita ikut tu salah, maka salah lah jalan kerja kita. Sia-sia segala usaha yang kita buat.

Rugi masa itu satu hal.. Tenaga dan kewangan?

Dan makin lama, makin teruk dan lama-lama ejen hartanah newbie give up putus asa tak mahu teruskan.

Sebab itu penting untuk ejen hartanah newbie ikut role model yang betul dari saat mereka sertai kerjaya ini.

Bila ejen hartanah sertai agensi yang baru, kena cari role model yang betul. Tak kira agensi mana yang anda sertai, cari role model yang betul dahulu.

Baik. Bila saya kata role model, bukan sekadar jumlah sales bulanan ya.

Sebaliknya kita nak kaji dan analyze role model kita tu.

Jangan tengok sales semata-mata.

Kita nak kaji:

1. Sales mereka

Berapa purata jualan sebulan? Berapa unit mereka jual sebulan? Berapa target yang mereka tetapkan setiap bulan?

2. Pengurusan masa mereka

Bagaimana mereka atur masa? Berapa jam untuk aktiviti-aktiviti prospecting? Berapa jam untuk marketing setiap hari?

3. Pengurusan kewangan mereka

Apa yang mereka lakukan dengan komisen mereka? Pelaburan apa yang mereka lakukan? Adakah semua duit digunakan untuk bercuti? Atau ada bahagian untuk simpanan dll.?

4. Pengurusan keluarga mereka.

Ramai yang temui saya nak sertai ejen hartanah ni sebab fleksibel. Ada masa dengan keluarga. Nak lebih banyak masa dengan keluarga. Adakah role model ini capai matlamat ini?

Kaji,kaji dan kaji. Kemudian follow dan ikut buat sahaja.

You don’t need to re-invent the wheel

Tak perlu lagi kita pecah kepala fikir macam mana nak buat, sebab dah ada orang lain yang dah pun buat. Dah lalu jalan tersebut.

 

#05- HANYA BUKA KEDAI SEKALI SEMINGGU?

Lebih membimbangkan, ejen hartanah newbie hanya buka kedai 1 jam sahaja sehari. Antara 5 punca ejen hartanah newbie gagal, ini yang kebanyakannya berlaku.

Buka kedai sekali seminggu, kemudian sekali buka tu hanya buka sejam sahaja. Agak-agak, boleh tak buat jualan?

Saya yakin amatlah sukar untuk dapat jualan!

Kalau kita ambil kedai sebenar, agak-agak berapa jualan mereka dapat lakukan dalam masa sejam tersebut?

Ini punca kenapa ejen hartanah newbie gagal.

Nasihat saya, sekurang-kurangnya 2 jam minima sehari untuk lakukan aktiviti-aktiviti berkaitan ejen hartanah.

Dan perlu konsisten setiap hari. Terutama ejen hartanah newbie yang buat part-time. Setiap hari kena allocate masa. Paksa diri untuk allocate juga masa.

Anggap kerjaya ini seperti bisnes anda.

Siang sibuk kerja? Malam pun boleh lakukan aktiviti.

Waktu malam draft iklan untuk masuk ke marketplace. Keesokan paginya publish iklan tersebut.

Pagi sebelum pukul 9, follow up pelanggan atau leads yang masuk hari semalam. 2 jam yang saya katakan tadi pecah kepada beberapa aktiviti-aktiviti. Walaupun nampak kecil tapi impaknya besar.

Aktiviti 1: Draft iklan unit baru

Aktiviti 2: Update iklan lama

Aktiviti 3: Prospecting pelanggan baru

Aktiviti 4: Posting di sosial media

Aktiviti 5: Engagement di sosial media.

Bila kata engagement ini termasuklah like, reply komen dan share post rakan-rakan di sosial media. Kena buat.

Sebab ejen hartanah ini offer servis. Yang membezakan anda dengan ejen lain ialah positioning diri anda. Sebagai ejen hartanah newbie wajib buat positioning diri.

Servis terbaik. After sales service terbaik. Supaya pelanggan suka, percaya dan berpuas hati kemudian recommend anda pada kenalan mereka pula.

Mereka akan ingat anda. Sentiasa ingat anda. Inilah BRAND anda!

Bila tiba masa untuk membeli atau menjual unit hartanah..

Pelanggan cari siapa?

Mereka tak cari ejen hartanah lain. Tetapi mereka mencari ANDA!

Ejen hartanah newbie yang position diri sebagai pilihan paling relevan.

MINDSET 9-5

Dan saya mohon supaya ejen hartanah newbie atau bakal-bakal ejen hartanah supaya buang mindset 9-5.

Saya faham rata-rata yang sertai agensi ejen hartanah adalah berlatar belakang pekerja yang ada working hour 9-5.

Faham benda ni dan hadam betul-betul.

Transaksi hartanah berlaku sebelum pukul 9 pagi. Dan selepas pukul 5 petang!

Dan hujung minggu bukan waktu untuk berehat bersantai. Sebab waktu ini ejen hartanah newbie bawa pembeli lihat unit hartanah. Waktu ni set appoinment dengan pemilik untuk inspect unit hartanah yang mahu dijual.

Proses negotiation berlaku waktu ini.

Saya harap anda mendapat menfaat dari artikel ini. Dan saya harap dari 5 punca utama kenapa ejen hartanah newbie gagal ini anda belajar sesuatu.

SHARE artikel ini jika bermanfaat.

p/s; Sekiranya anda berminat nak bermula sebagai ejen hartanah tapi buntu tak tahu nak mula, saya ada sediakan satu panduan dalam bentuk pakej ebook. Boleh klik sini untuk lihat info lanjut.

>>Klik sini>> Ejen Hartanah Dari Zero

Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *