Hakmilik Strata Title Malaysia

Hakmilik Strata Title adalah hakmilik individu yang diberikan kepada setiap unit-unit rumah, apartment, pejabat yang di bina di dalam satu-satu kawasan atau di atas satu tanah di mana pemilik-pemilik unit berkongsi kemudahan-kemudahan seperti sekuriti berpagar, lot parkir kereta dan kemudahahan-kemudahan lain yang di selia oleh pihak pengurusan yang di lantik.

Di bawah adalah contoh hakmilik strata.

Strata Title / Hakmilik Strata
Strata Title / Hakmilik Strata

Selagi belum mendapat Strata Title / Title Individu, pemaju perumahan tersebut adalah pemegang tanah (land holder). Di sini yang di sebut sebagai Master Title. Segala urusan pindah milik pada ketika dalam Master Title perlulah melalui pemaju.

Di bawah Akta Strata 1985, pemaju perumahan bertanggungjawab untuk memohon strata bagi pihak pembeli setelah unit di jual.

Dan pemaju perlu mengeluarkan strata dalam masa 6 bulan selepas CF di keluarkan.

Pindah milik hartanah bagaimanapun masih dapat di lakukan tanpa strata kerana transaksi masih boleh dilakukan melalui perjanjian jual beli (SPA) tetapi perlulah mendapat kebenaran dari pemaju dan di dalam sesetengah kes perlu kebenaran dari pejabat tanah.

Ini kerana pemaju adalah pemegang tanah / land holder pada ketika ini (Selagi pemilik belum mendapat Hakmilik Strata).

Info Strata Title:

  1. Bagi unit yang sudah melebihi 10 tahun, sekiranya Strata Title masih belum di keluarkan kebanyakan bank sukar meluluskan pinjaman bagi pembelian unit tersebut.
  2. Setiap transaksi perlulah melalui dan mendapat kebenaran pemaju jika tiada Strata Title.
  3. Sekiranya masih Master Title dan pemaju bankrup / muflis, bank tidak akan memberi pinjaman. (elakkan membeli unit sebegini)
  4. Ia mempengaruhi tempoh waktu transaksi pindah milikTerbaru, pihak berkuasa telah menyatakan bahawa Strata Title perlu dikeluarkan sebaik pemilik mendapat kunci / vacant possession.Dengan langkah ini di harap dapat menyelesaikan masalah pinjaman (loan bank terutamanya) bagi pembeli dan mengelakkan kesukaran menjual unit hartanah bagi pemilik unit serta melancarkan urusan pengurusan bangunan.

Sekiranya artikel ini membantu dan memberi manfaat serta info baru pada anda, boleh lah share dengan rakan-rakan anda.

======================

P/s: Anda berminat tak nak tahu pasal rumah lelong? Apa potensi rumah lelong? Dan kenapa perlu labur dan beli rumah lelong?

Boleh baca artikel menarik mengenai rumah lelong di bawah.

[BACA:5 Perkara Tentang Rumah Lelong Anda Patut Tahu!]

 

Tagged , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *