Iklan FB Ads objektif trafik vs video views

Iklan FB Ads Objektif Trafik Vs Video Views

“Nak buat iklan fb ads mana satu yang lebih bagus? Trafik atau video views ya?

Mana satu lagi kos iklan fb ads lagi murah? Trafik ke video views?

“Orang cakap iklan fb ads objektif trafik kos mahal berbanding video views. betul ke?”

.

Objektif Iklan FB Ads

.

Jika anda tak pernah buat iklan, atau baru nak bermula belajar buat iklan fb ads, pasti anda tertanya-tanya.

.

Objektif iklan fb ads yang mana anda nak guna dulu?

Dan objektif iklan mana yang paling berkesan?

.

Penting untuk kita tahu objektif mana yang perlu di pilih supaya sesuai dengan fasa bisnes kita sekarang dan juga jenis bisnes yang kita lakukan

.

cara-retargetting-likers-fb-01

.

Jenis -Jenis Objektif Iklan FB Ads

Setiap jenis objektif iklan fb ads mempunyai kelebihan tersendiri. Kalau anda di fasa permulaan bisnes, anda boleh mulakan dengan beberapa objektif ini terlebih dahulu.

1. Engagement

2. Trafik

3. Video views

Engagement

Untuk objektif engagement anda boleh lakukan kempen iklan untuk dapatkan LIKES page, dan dapatkan reaksi seperti share, like post, dan komen prospek tinggalkan.

Dari iklan ini, anda boleh minta prospek untuk tinggalkan nombor telefon di ruangan komen misalnya.

Cuma ada dua (2) perkara penting anda perlu lakukan bila jalankan kempen iklan guna engagement.

1. Anda perlu reply komen tersebut dengan “tag” nama prospek semula. (Anda akan dapat organic reach. Friendlist mereka akan nampak post tersebut)

2. Anda perlu cari jalan untuk hubungi prospek tersebut. Anda boleh gunakan software untuk auto reply komen dan mesej prospek melalui messenger secara auto.

(Boleh guna manychat atau chatfuel)

2 Kelebihan guna objektif jenis engagement

1. Bina Social Proof

Kelebihan pertama anda dapat bina social proof dari post iklan tersebut yakni ramai orang share, ramai orang komen, dan ramai orang react post tersebut.

2. Organic Reach

Kedua anda dapat organic reach kerana audience share post tersebut, dan bila mereka tinggalkan komen, anda reply komen dengan tag nama mereka anda juga akan dapat organic reach.

Dan semestinya jika anda berjaya hubungi & follow up prospek, anda juga mampu untuk dapatkan sales.

.

Kos untuk objektif campaign jenis engagement di kira per engagement. Setiap engagement yang di lakukan oleh audience akan dikira.

Contohnya audience “Like post” di kira satu engagement, komen di kira satu engagement, share di kira satu engagement.

.

Semakin banyak engagement semakin murah kos per engagement. Facebook nilai post tersebut mempunyai value, audience suka dan engage maka kos pun akan jadi murah.

*Tips – buat post yang beri nilai tambah kepada audience jika mahu kos iklan yang rendah untuk jangka masa panjang.

.

Objektif Trafik

Berbeza dengan engagement, objektif trafik pula fokus kepada “links click”.

Tujuan utama buat iklan jenis trafik ini adalah supaya prospek klik pada link di dalam iklan dan mereka akan terus di bawa samada ke-

1. Website homepage anda / product page

2. Landing page / sales page / opt in page atau

3. Nombor Whatsapp anda.

Di sini yang di namakan leads. Bila prospek klik link, maka anda akan dapat leads prospek yang berminat dengan produk atau servis anda. Mereka angkat tangan dan mengaku.

Ya saya berminat dengan produk ni

Dan jika anda mempunyai team sales, leads-leads ini akan di bahagikan sama banyak kepada ahli team sales.

Leads prospek ini adalah mereka yang sudah berminat tetapi belum membeli.

.

Dan tugas team sales adalah untuk yakinkan leads ini tadi untuk buat pembelian. Jika anda tidak ada team sales, maka anda lah yang perlu yakin kan leads prospek tadi untuk lakukan pembelian.

Beri testimoni, jawab segala soalan cepat dan beri offer yang terbaik untk mereka.

Nama lain bagi proses ini adalah closing.

Kos untuk objektif jenis trafik ini pula adalah di kira berdasarkan per link clicks.

.

Video views

Untuk objektif video views pula, tujuan utama adalah supaya prospek lihat video yang kita sediakan.

FB akan paparkan video khusus kepada audience yang suka lihat video, biasa tengok video, dan biasanya lihat video sampai habis.

Video pula kebiasaannya terbahagi kepada dua.

1. Branding video

2. Informative video

Untuk video saya lebih suka fokuskan video iklan jenis informative.

.

Tips-Fokus bagaimana produk atau servis anda boleh bantu bakal prospek selesaikan masalah mereka atau bagaimana mereka boleh capai matlamat mereka.

Antara contoh video paling bagus adalah video iklan dari food panda ini.

.

Dalam video ini mereka tak cerita pasal background syarikat. Mereka tak tunjuk pun semua produk yang mereka jual.

Tetapi mereka sampaikan mesej yang sangat jelas.

Dan mereka bermain dengan emosi seorang ibu yang terlepas moment pertama anak sebut “mama” sebab terpaksa keluar pergi beli nasi lemak. hahaha.

.

Bila anda buat iklan jenis video, anda dapat bermain dengan emosi sebab dalam video ada jalan cerita dan ekspresi muka.

Anda juga boleh masukkan unsur humor dalam video.

.

“Kenapa perlu bersusah-susah keluar beli makanan? Sampai terlepas moment berharga bersama anak. Order jer dari foodpanda next time ya. Sebentar lagi makanan kegemaran anda sampai…”

Dan jalan cerita yang di sampaikan “resonate” dan kena pada audience.

Dan apabila video anda mendapat tontonan yang tinggi dan share yang banyak, secara tak langsung anda juga telah naikkan branding servis atau produk anda.

.

Kos Iklan Objektif Mana Yang Murah

Rule of thumbs nya ada dua.

1. Apa-apa jenis iklan pun, jika kena dengan hati audience, berikan nilai tambah (value) sampai buat audience melekap pada iklan.

Dan lihat video sampai habis, headline anda buat mereka stop dan baca copywritting iklan anda, lama-lama iklan tersebut akan jadi murah.

Simple.

2. Bergantung kepada niche bisnes anda, kena test objektif iklan mana yang beri pulangan yang paling tinggi walaupun kos iklan tersebut anda rasa tinggi.

.

Sebagai contoh, anda tak boleh samakan kos iklan bisnes niche servis dengan produk.

Contoh mudah, seseorang berkerjaya sebagai ejen hartanah beri servis jual unit hartanah berharga RM500,000 dengan komisen 3% .

Berbanding jadi ejen jual produk bayi RM30.00 dengan margin RM10.

Jual hartanah komisen 3% bersamaan RM15,000 misalnya.

.

Ejen ni boleh spend kos iklan hingga RM10,000 tanpa isu untuk satu kempen iklan.

Dan masih buat keuntungan RM5,000 selepas tolak kos iklan.

Tetapi jual produk bayi komisen RM10.00 agak-agak berapa kos iklan kita mampu spend untuk buat jualan?

.

Silap-silap rugi bila buat iklan. Spend RM50 pada iklan dapat 2 jualan, Untung RM10 x 2 unit baru RM20.

.

Jadi sebelum anda buat iklan, kira dulu kos-kos terlibat dan margin keuntungan.

Habis kenapa saya lihat ada je orang jual produk margin rendah jual dekat FB? Boleh pulak?eh eh eh~”

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. hehehe.

.

Cara Untung Jual Produk Margin Rendah

Bisnes mesti kena ada strategi.

Apa yang anda nampak kadang-kala hanyalah luaran. Strategi dan bisnes model di sebalik sesuatu bisnes itu tak semua orang boleh nampak.

Jadi mari saya kongsikan. Kita cuba pecah minda.

Kita ambil contoh produk bayi tadi berharga RM30, dengan margin RM10.00 tapi nak guna FB ads sebagai medium iklan.

Ada dua(2) strategi untuk buat duit walaupun kos iklan agak tinggi.

Kadang-kadang sampai rugi bila jual produk ni.

.

Strategi 1 – Life Time Value (LTV)

Jadikan produk RM30 tadi sebagai produk flagship.

Flagship ni kategori produk nilai rendah, audience tak perlu fikir panjang tanya suami, tanya jiran untuk beli.

RM30 sahaja. Beli jelah..”

Bila leads prospek membeli , mereka dah menjadi pelanggan.

.

Berlaku transaksi di mana pelanggan bayar duit dan mereka terima barang bukan?

.

Di sini, perkara magik berlaku iaitu elemen “Trust” terbentuk antara pembeli dan anda sebagai seller.

.

Tiga perkara anda wajib buat bila pelanggan dah beli.

.

1. Follow up pastikan barang di terima dengan baik dan pelanggan berpuas hati. Screenshot perbualan sebagai testimoni.

2. Follow up supaya pelanggan repeat order beli lagi.

3. Follow up supaya pelanggan beri referal kawan-kawan yang mungkin berminat dengan produk yang sama.

.

Pelanggan yang sama mungkin repeat order 3-4 kali lagi dengan anda.

Dan anda tak perlu spend kos iklan FB ads pun untuk follow up dapatkan repeat order.

.

Kos iklan yang mahal untuk dapatkan pelanggan masa mula-mula tadi akan di cover oleh keuntungan repeat order dan referal.

.

Perkara ini di panggil Life Time Value (LTV) – iaitu jumlah spending seorang pelanggan dalam sesuatu tempoh.

Boleh jadi 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan.

.

Strategi 2 – Back End Product

Flagship produk, produk murah untuk attract pelanggan ideal anda.

Anda nak kumpul pelanggan-pelanggan yang berkualiti dan kena pada niche bisnes anda. Balik modal pun tak apa.

.

Sebab anda betul-betul buat duit pada back end product.

Back End product adalah produk yang jauh lebih mahal dari flagship dan mempunyai margin keuntungan yang lebih besar.

Anda cuma perlu promote sahaja pada pelanggan sedia ada.

.

Macam mana nak follow up? Mudah. Boleh guna whatsapp, sms, email ataupun call.

.

Dalam niche bayi, saya boleh beri contoh back end product seperti

1. Pam susu – RM2,000 (margin RM500)

2. Stroller bayi – RM1,800 (margin RM800)

3. Car seat – RM600 (margin RM200)

Di sini sahaja anda boleh buat keuntungan RM1,500 dari seorang pelanggan.

Kos iklan untuk dapatkan 2 pelanggan tadi hanya RM50.00 =)

.

Case Study Produk Hand Sanitizer

Flagship product – Hand sanitizer RM7 (margin RM3). Kos iklan Fb Ads – RM300

Jumlah pelanggan – 30 orang. Kos untuk dapatkan seorang pelanggan RM10.00

(jumlah kos iklan / jumlah pelanggan = kos untuk dapat 1 pelanggan)

Sales dari kempen iklan ini hanya RM210.00 tapi spend kos iklan RM300. Nampak macam rugi kan? Memang rugi.

Rugi – RM90.00 on paper.

.

Sabar dan bertenang. hehe

Dah ada database, masih boleh follow up.

Follow up offer – Sanitizer Volume besar – 10L berharga RM250.00 dengan margin untung RM70.00.

Closed 5 customer = RM1,250.00 sales.

.

Back End Product – Servis Sanitization Rumah (RM1/sqft) & Sanitasi Ofis (RM0.7/ sqft)

Keluasan rumah 950 sqft x RM1 = RM950.00. Closed order 3 unit rumah. Jumlah sales RM2,850.00

Ofis keluasan 3,000 sqft x RM0.7 = RM2,100 . Closed order 1 unit ofis.

.

Jumlah sales keseluruhan dari ads = RM6,410.00

Jumlah kos iklan RM300. Masih rasa rugi?

.

Dan jumlah ini berdasarkan kiraan kasar dan tidak termasuk sales dari order seterusnya jika pelanggan ambil pakej mingguan & bulanan servis sanitasi rumah dan ofis.

Belajar sesuatu?

.

Kesimpulannya

Kos iklan mahal atau murah adalah subjektif bergantung kepada 3 perkara ini.

1. Niche bisnes anda

2. Margin produk anda

3. Dan strategi / bisnes model anda

Jadi lepas ni janganlah risau sangat jika kos iklan tinggi.

“Know your end game”

Pastikan anda rangka strategi betul- betul sebelum jalankan kempen pemasaran FB Ads anda.

p/s- Jika anda nak belajar lebih mendalam tentang FB ads saya ada sediakan satu video course online di namakan >Blueprint Funnel FB Ads. < Boleh Lihat Sini

Tagged ,