Apa Kaitan Video, Dosa & Ramadhan

Anda biasakan scroll facebook, kemudian klik artikel ke, atau ada video viral orang share kita klik dan tengok video. Betul tak?

So satu hari ni saya pun buat benda yang sama. Tapi saya lebih suka tengok video. Facebook ni, bila dia tahu kita suka tengok video maka dia akan tunjuk video-video yang kita suka.

Jadi ketagih. Betul tak?

Keutamaan Facebook adalah video yang lebih relevan pada minat kita. Mula-mula saya tengok video tentang DIY.. macam-macam benda best dia tunjuk untuk kita buat sendiri. Habis satu video, sambung lagi video seterusnya.. tak boleh berhenti.. non-stop!

Saya memang minat seni. Lebih spesifik, hasil seni buatan tangan. hehehe.

Lama jugaklah tengok video.. so apa kaitan video Diy dengan dosa pulak?

Nak jadi cerita..Sampailah ke satu video ni..

 

Video Ustaz Azhar Idrus punya ceramah. Video tu video rakaman ceramah tapi versi yang dipendekkan. Paling panjang pun 5 minit kalau tak silap saya. Di sebabkan penyampaian UAI ni agak straight forward, kelakar dan berisi (bermanfaat), maka melekat jugaklah saya dekat video-video tu.

Kadang tu ada soalan-soalan yang bagus juga di tanya. Banyak juga benda baru boleh belajar. Lepas satu video, tengok lagi video seterusnya. Tapi kali ni bila saya scroll, keluar video lain yang tak berkaitan dengan ceramah.

Jadi saya pun klik pada page yang share video UAI tersebut. Dekat page lagi banyak video ceramah. Langut jugaklah sambung tengok video. Cuma saya nak kongsi di sini, ada 2 perkara yang buat saya terkesan bila saya scroll timeline Page FB tersebut.

Pertama: Ada satu video ceramah UAI ni cerita mengenai dosa. Tajuk video tu: Solat 5 waktu tapi masih buat dosa..

UAI beritahu dalam video tersebut, normal.. kita ni manusia memang tak lepas dari melakukan dosa..(termasuklah dosa dengan mak ayah kita..bahkan dengan suami kita atau isteri kita..)

Memang lumrah manusia sentiasa melakukan dosa. Rasulullah & Nabi sahaja yang tak buat dosa. Sahabat-sahabat pun ada buat dosa. Tapi penting sebagai orang Islam, solat 5 waktu tu jangan tinggal. Melalui solatlah dosa-dosa kita itu tadi di ampunkan Allah s.w.t.


Solat 5 waktu kafarah memadamkan dosa..

(Mudah-mudahan ini menjadi peringatan buat diri saya sendiri..)

Kedua: Bila saya scroll Page tersebut, saya ternampak satu posting tentang Syria. Page tersebut share dari page Malaysia Life Line for Syria. (di sini pula kaitannya dengan ramadhan..)

Sayu bila saya lihat gambar dua-beradik ni..

Kalaulah ini yang terjadi pada anak-anak dan saudara kita..

MEREKA TIADA LAGI TEMPAT BERGANTUNG

Meheo dan Nada.Dua orang beradik yang kini tiada tempat bergantung selepas seluruh ahli keluarganya syahid di tangan Assad/Rusia ketika sedang tidur di rumah mereka di barat Aleppo.

kredit photo: Malaysia Life Line For Syria

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ramadhan pun dah nak dekat. Eloklah sekiranya kita perbanyakkan amal jariah. Jika anda berkemampuan bolehlah bantu memberi sumbangan. RM10 pun boleh. RM5 pun tak apa. Labur untuk saham akhirat. InsyaAllah.

Anda sedekah RM1, Allah balas 700 kali ganda..

Malaysia Life Line For Syria buat masa ini membuka ruang untuk buat sumbangan sempena Ramadhan.

RAMADHAN AL-HABEEB 1438H

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga”
(H.R. Tirmidzi )

p/s: Jadi jangan lepaskan peluang ini.

===================
UNTUK MELAKUKAN SUMBANGAN ONLINE
====================
Klik Di Sini => http://https://www.billplz.com/ramadhanalhabeeb
Klik Di Sini => http://https://www.billplz.com/ramadhanalhabeeb
Klik Di Sini => http://https://www.billplz.com/ramadhanalhabeeb
.
=================
DEPOSIT KE BANK
=================
MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
1.BANK ISLAM: 14-210-01-000988-2
2.MAYBANK: 5648-1051-3971
.
Dan/Atau:
.
SALAM SURIAH RESOURCES
1. CIMB: 8602041215
.
Maklumat Perhubungan :
=====================
Email : donation.mllfs@gmail.com
Website :www.malaysia4syria.org
No. Tel : +603-41416732 / 012-2409173
.
Demi Syria, Untuk Ummah!

InsyaAllah.

P/s/s: kalau tak mampu sangat-sangat, sekurang-kurangnya bantu SHARE artikel ini boleh? 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *