Mahu Exclusive atau Di Sailang?

“Penting Gila Ke Exclusive Authorization ni??”

Jika anda tak pernah dengar term lantikan exclusive dan general authorization…tak mengapa..

Tapi jika anda ejen hartanah dan tak tahu terma ini…hati-hati..

Terma ini jika anda join mana-mana agensi, kebiasaannya mereka akan ajar dan include di dalam silibus training..

Sebab apa? Sebagai ejen hartanah yang sah berdaftar dengan agensi hartanah, setiap unit hartanah wajib mendapat lantikan untuk menjual.. authorization to sell.

Pemilik hartanah perlu lantik anda sebagai ejen hartanah sebelum anda boleh menjual, mengiklankan dan sebagainya..

Bukan apa..takut akan ada masalah dan isu berbangkit di kemudian hari..

Pernah dulu.. senior saya di soal siasat oleh polis apabila pergi mengambil gambar dari luar rumah…

Ya.. dari luar rumah sahaja..belum masuk.. telah di tuduh berniat tidak baik… sebab tiada authorization.. pemilik lihat dari tingkat atas ada orang ambil gambar rumah terus call polis.. kebetulan baru ada kes pecah masuk di kawasan tersebut.. tak ke naya?

Dengan adanya lantikan (authorization to sell) ejen hartanah tak perlu bimbang dengan isu-isu seperti pecah masuk dan tindakan-tindakan mencurigakan.. sebab sudah di lantik..

Dengan ada lantikan, ejen hartanah tak perlu bimbang dengan isu seperti pecah masuk..

Ini point pertama..

Point kedua pula… di dalam authorization turut menyatakan profesional fee yang pemilik hartanah perlu bayar kepada agensi hartanah..

Setuju?

Jika anda tiada hitam putih dengan pemilik.. Bagaimana anda nak claim fee anda? sekadar cakap mulut?? (face palm..)

Jika buka cerita pasal “sailang” ni, bukan sesama ejen sahaja sailang, malah anda berpotensi di sailang pemilik hartanah sendiri..

Sebagai contoh..Anda dah bawa buyer…pemilik pula tinggal di situ..tiba-tiba pemilik deal direct dengan buyer anda.. (tepuk dahi..) Sebab tak ada lantikan.. saya tak cakap semua..tapi pernah terjadi..

Memang perlu bersangka baik..tapi sebagai langkah berjaga-jaga… perlu ada authorization to sell (lantikan).

di dalam authorization turut mengandungi maklumat fee profesional ejen hartanah

Baik…lantikan ni ada 2 jenis…

1. General Authorization dan

2. Exclusive Authorization

Apa bezanya?

General adalah yang kebiasaan ejen hartanah ambil.. terkandung juga terma-terma seperti profesional fee dan lain-lain..

Bezanya pemilik hartanah boleh lantik ramai ejen jika general.. dan pemilik hartanah juga turut boleh menjual unit beliau dengan sendiri..

Tiada tempoh tertentu..selagi belum terjual dan selagi pemilik mahu jual..anda boleh usahakan menjual unit tersebut

Kalau ikut guru saya punya teori, yang ambil general ni sebab malas… malas nak beri komitmen.. malas nak update owner.. malas, malas dan malas.. hmmm (saya pun kadang malas..huhu..tapi salah satu sebab saya malas biasanya sebab malas nak layan pemilik yang nak jual above market value. Dan nak beri fee sedikit. Ambil general untuk jaga sekurangnya untuk jaga hati mereka..hehehe..)

Faham?

ambil general authorization sebab malas nak beri komitmen

Exclusive pula… lantikan hanya pada seorang ejen hartanah sahaja pada satu-satu masa…

Jadi mana-mana ejen hartanah lain yang mahu jual unit tersebut perlu melalui ejen hartanah yang telah di lantik exclusive tersebut.. (nama pun exclusive kan..hehe)

Faham kan?

Tempoh masa lantikan pula kebiasaannya exclusive selama 3 bulan dan auto renew dan extend lagi 3 bulan jika pemilik setuju teruskan lantikan..

Jika sampai setahun itu dah mengarut…huhuhu..

tempoh lantikan exclusive kebiasaannya selama 3 bulan, jika sampai setahun itu mengarut..

Apa kelebihan exclusive?

1. Pertamanya Pengurusan Paling Baik.

Pemilik tak pening kepala nak handle 6-7 ejen.. kalau ada offer, satu ejen sahaja yang update pada owner.. kan mudah?

Dan semestinya the best offer lah..

Kadang-kadang yang berminat nak beli seorang sahaja.. tapi dia call semua nombor ejen pada banner-banner.. nak dapat best price kan..

Habis semua ejen call dan sms pemilik untuk update dan mintak kurang harga… kan pening pemilik rumah nak layan 6-7 offer sekaligus??? (offer dari satu pembeli je…)

Pemilik goyang, ramai ejen desak akhirnya terima walaupun offer rendah.. (kesian mereka rugi..)

Jadi bantu pemilik hartanah kurangkan serabut kepala mereka untuk melayan ramai ejen dengan offer exclusive authorization.

Pemilik hartanah ni banyak lagi benda lain nak fikir..

2. Fee & Listing Secure

Jika ada ejen lain bawa pembeli, anda masih dapat fee (Co-agency kongsi 50-50)

Anda pun tak takut untuk bawa ejen lain viewing bersama..ejen lain mintak alamat, 2 saat anda reply terus address..sebab secure..

(tak ada la jadi krik krik… haha)

Sebab dia tak boleh sailang.. apa-apa kena lalu anda.. keyword dia “secure”.

ejen minta alamat, 2 saat anda reply terus address, sebab secure..

Jika lantikan general, lepas view mereka boleh patah balik dan jumpa dengan owner direct deal (sailang teruih)… hmmm…

Ada kes ejen patah balik letak namecard dalam peti mailbox pemilik.. di belakang kad tertulis ” i ada serius buyer..contact i..”

“Siapa suruh you tak ambil exclusive…” kata ejen tu… hmmmm…

Kalau pernah jadi pada anda.. jangan melenting..

Ingat “what you give, you get back..”
(bila kantoi semua viral kan, ejen tersebut kena banned!!)
Apapun syukur sebab dapat jadi pengalaman…

Lepas ni jangan kena dah.. kena sekali pengalaman.. kena dua kali tu….. (hahaha..jawab sendiri)

3. Berani Keluar Modal

Jika lantikan exclusive, anda tahu anda secure dari segi fee dan listing..anda ada masa 3 bulan untuk jual..

Tentu anda komited untuk jual sungguh-sungguh.. betul? Komisen 3% banyak tu…

Baru betul sanggup labur duit untuk iklan dan marketing (fbads,marketplace;mudah,propertyguru,propwall,durianprop, iproperty dll, flyers,radio,tv dan lain-lain kos boleh mencecah ribuan ringgit..)

Baru sanggup turun sendiri potong rumput rumah dan cuci mop lantai rumah owner kan kan? hehehe..(kalau rumah kosong la..)

Ini semua libatkan kos, masa dan tenaga anda.. jika anda labur semua tiba-tiba ada ejen lain jual (sailang)? kan melopong… menangis tepi bucu katil..huhuhu..

Memang betul… bukan rezeki tapi anda usaha tak untuk dapatkan exclusive?

Anda terangkan tak exclusive authorization tu apa pada pemilik? Mereka faham tak?

Kadang kita tak tanya pun..tak explain, terus keluar borang lantikan general.. (hehe..saya pernah buat tapi alasan seperti saya terang di atas tadi)

Bila kena sailang? Padan muka saya..haha

Apa-apa pun tak salah nak ambil general.. memang ada sesetengah pemilik tak mahu terikat dengan exclusive ni..

Saya sendiri masih ada unit yang saya ambil lantikan general.. kita hormat keputusan pemilik.. kita bantu juga jual kan..

Antara alasan pemilik, dah ada favorite ejen…

“lagi ramai ejen lagi cepat jual.. so general je lah..”
(sebenarnya lagi ramai ejen lagi cepat turun harga..)

“Akak nak cuba jual sendiri jugak..ada jiran bawah beritahu minat nak beli.. general je lah dik..”  hmm

So tak apa.. ambil juga lantikan general.. sekurang-kurangnya apa-apa jadi di masa hadapan ada hitam putih.

Jika pemilik tak mahu sain langsung? baik general atau exclusive…? saya sarankan tak perlu entertain..next sahaja~

Kemungkinan besar pemilik tak nak bayar fee anda.. dan mungkin boleh sailang buyer yang anda bawa view..

Jika betul mahu menjual unit… sain sahaja lah jika tak ada udang di sebalik batu..kan? hehehe.. Owner tak perlu bayar pun selagi tak hartanah tak jual.. ejen keluar modal dahulu..

Moga artikel ini bermanfaat..

Sebelum anda beredar..

Nak tanya sedikit..Anda ejen hartanah kan?

Berminat tak jika saya nak share satu strategi untuk dapatkan leads-leads owner hartanah?

Dengan strategi ni owner sendiri beritahu nak jual unit hartanah mereka..
Rugi jika anda tak tahu strategi best ini..

Banyak membantu ejen dapatkan listing.

Boleh baca artikel di link bawah sini.. moga bermanfaat..

klik sini >> 7 Leads 3 Hari Dan Close Case!

Tagged , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *