Residential Unit Vs Commercial Unit

Residential Unit Vs Komersil unit.

Apa beza?Ada ke beza?

Hari ni saya nak share perbezaan dari segi financing.

Kadang-kadang kita tengok iklan property; studio unit, tulis condo dan service apartment. Cantik, sesuai untuk invest. Tapi bila nak beli rupanya komersil unit..

Tak boleh beli ke? Boleh..

Tetapi tunai extra perlulah di sediakan…

Kenapa?

Baik.
Kebiasaannya unit under title residential ni, bank memberi financing atau pinjaman sehingga 90% sahaja (bergantung juga jika DSR masih okay)

Tetapi berbeza dengan unit komersil, bank hanya memberi financing atau pinjaman sebanyak 80% sahaja.
Jadi 20% tunai perlu di sediakan.
Sekiranya tidak cukup tunai, boleh juga pakai kwsp jika jumlah akaun 2 mencukupi.

Itu belum masuk kos-kos legal lagi ya.

Jika beli unit residential sekurang-kurangnya 15% tunai perlu di sediakan, tetapi unit komersial 25% tunai perlu di sediakan termasuk kos-kos guaman dan lain-lain.

Unit komersial 25% tunai perlu di sediakan untuk deposit dan kos-kos legal

Contoh komersil unit adalah seperti kedai shoplot, SOHO, SOFO dan sekutunya. (SOGO tu shopping mall..hehe)

Bagaimana nak pastikan unit tersebut komersil atau residential?

Pertama, boleh semak dengan pemilik atau ejen hartanah yang menjual unit tersebut.

Cara kedua, anda boleh semak sahaja dalam SPA atau Sales & Purchase Agreement.

Apa nak tengok dalam SPA?

Semak samada unit tersebut termasuk under HDA atau tidak.

Jika under HDA schedule G & H .. Maka unit tersebut termasuk dalam title residential.

Kalau tak termasuk under HDA? Makanya unit tersebut adalah unit komersial.

semak dalam spa samada termasuk dalam hda schedule g&H. Jika ada unit tersebut berstatus residential

Caranya semak didalam SPA ada atau tidak schedule tersebut.

Jelas?

Satu lagi point penting, kita ambil SOHO contohnya, jika di majukan di atas tanah bertitle residential.. maka ianya mempunyai title residential…walaupun ia SOHO (Small Office Home Office)

Bolehlah dapatkan financing 90% jika residential (itupun jika DSR layak).

Belajar sesuatu kan?

P/s: Share dan kongsi dengan rakan-rakan anda boleh?

———————-

Anda berminat nak tahu mengenai ejen hartanah? Atau nak tahu mengenai rumah lelong? Boleh lihat di link di bawah.

>>>>KLIK SINI Ejen Hartanah , Rumah Lelong

Tagged , , ,

Leave a Reply