Zhafir buat servis apa?
Selain membantu pemilik hartanah menjual hartanah dan carikan unit yang bersesuaian untuk bakal pembeli rumah, Zhafir ada buat servis-servis lain juga.
Antara servis yang Zhafir tawarkan ialah:
-
Servis Design Website &
-
Servis Marketing Online
Servis Design Website
Design website ni memerlukan skill sets yang khusus. Dan setiap design adalah berbeza. Jadi sebenarnya tak boleh nak compare hasil kerja antara satu-satu web developer dengan yang lain.
Sebab kreativiti lain-lain, tools digunakan mungkin berbeza dan latar belakang developer juga berbeza.
Cumanya, bak kata mentor saya jika bajet anda ciput, maka anda dapatlah hasil yang tak seberapa.
Tapi InsyaAllah setakat ini, walaupun saya tak charge mahal sangat untuk design website, hasil setakat ini masih memuaskan hati pelanggan saya.
Antara jenis website yang saya tawarkan termasuk:
-
Website Business / Corporate
-
E-commerce website
-
Minisite (One page website) &
-
Blog personal
Fee biasanya termasuk:
-
Kos Pembelian Domain
-
Kos Pembelian Hosting
-
Kos Design & Theme
Sekiranya ada plan untuk bina website, boleh klik link di bawah dan isi sedikit maklumat latar belakang perniagaan. Nanti saya akan hubungi Tuan/Puan untuk berikan sebut harga.
Klik sini >> Servis Design Website
Servis Marketing Online
Servis marketing online ni lebih kepada marketing melalui Facebook Ads, IG dan Website (google ads).
Terdapat banyak strategi marketing yang boleh di jalankan bagi bisnes Tuan/ Puan. Dan ianya bergantung kepada jenis perniagaan yang sedang di jalankan.
Ada yang sesuai dan ada yang mungkin tak sesuai.
Tak semua strategi marketing boleh guna untuk produk dan servis Tuan/Puan.
Antara strategi marketing yang telah saya jalankan adalah seperti:
-
Kempen Video Ads (Facebook)
-
Kempen Leads Ads (Facebook)
-
Kempen Messenger Ads (Facebook)
-
Kempen Brand Awareness (Facebook)
-
Kempen Content Marketing (Website)
-
Penulisan Blog & Artikel (Website)
-
Kempen Search di Google (Website)